Memaparkan catatan dengan label KDT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDT. Papar semua catatan

Selasa

Semuanya di sini

Bait-bait kata

Aku susun
untuk bacaan sendiri
Bait-bait kata
Aku cipta
untuk kepuasan hati
Menulis kerana tiada suara
Perkataan itulah suaraku
Mahu memahaminya?
Silakan....
Jika sebaliknya
maka abaikan sahaja
Usah pening-peningkan kepala

Kerana...
Aku menulis untuk jiwa aku
Aku menulis untuk hati aku
Aku menulis untuk diri aku

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada kisah ada cerita
Nyata dan bukan ciptaan semata-mata

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada tangis ada tawa
Semuanya milik saya

Dalam susun kata
Itulah aku
Dalam gurindam
Itulah jiwa
Dalam irama
Itulah nyawa

Di sebalik hati
Sememangnya ada cerita
Di sebalik hati
Sememangnya ada kisah
Kisah aku, dia dan mereka

Semuanya di sini
Di sebalik hati....

Isnin

Terluka lagi

Sekali lagi...kerana kelekaan
Maka aku terluka lagi
Untuk kesekian kali

Aku leka dengan gelak ria
Aku leka dengan senyum manja
Aku leka dengan jeling menggoda

Dan
Gelak ria memberi bisa
Senyum manja membawa asa
Jeling menggoda mengarah tangisan mata

Hati berbelah
Kusampaikan melalui
Gambaran
Lukisan
Nyanyian
juga
Susunan bicara indah

Ada yang menegah
Tak cantik
Tak suka

Lalu aku tutup kembali
Aku simpan dalam hati
Aku simpan dalam jiwa
Tiada siapa yang sudi
Untuk mendengar lagi

Dan akhirnya
Aku tanggung sendiri
Tidakkah itu membuktikan
Aku memang sendiri??

Namun aku juga merinduinya...
Sendirian menanggungnya
Amat merinduinya

Jumaat

Jauhkan dosa itu dari menghampiriku

kemaafan itu
tidak akan pernah ada
untuk mereka

jangan sangka
hadirku di tanah pusaka
sudah lembut jiwa

aku pulang
sekadar urusan
yang perlu diselesai segera

sakitnya hati
jika tersua muka
kenapa tidak saja mati

doaku pada Dia
jangan disua muka
supaya tidak bertambah dosa

doaku pada Dia
jangan ditunjuk rupa
supaya tidak bertambah sakit dada

Ya tuhan aku meminta
jangan Kau pertemu kami
kerana itu hanya menambah sakit hati
kerana itu hanya menambah dosa diri

Jauhi aku ya Allah
Dari bertemu dengan mereka
Yang mampu membuatkan aku
perlaku sesuatu yang menambah dosaku

Jauhkan mereka!!
Jauhkan mereka dari aku!!!

Khamis

Tiada Maaf Bagimu

Tiada Maaf Bagimu

Mengapa harus kita berpisah
Setelah lama kita bercinta
Tiada kesalahan yang ku perlakukan
Yang menyakiti hatimu

Mungkinkah ini kerna hasutan
Menarik diri tanpa alasan
Tapi tak mengapa
Ku takkan kecewa
Kau turut kata hatimu

( korus 1 )
Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

( korus 2 )
Oh tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu

( ulang korus1 & korus2 )

Selasa

Noktah padu

Berhenti aku kata....

Untuk apa pesanan itu dihantar?

Berhenti aku kata...
Untuk apa panggilan itu dibuat?

Untuk apa lagi aku dicari?
Untuk apa lagi aku diperhati?

Pergi jauh....sila pergi dari aku!
Pesanan itu tidak akan ku balas
Panggilan itu tidak akan ku jawab

Dia sudah disamping
Mengapa masih aku yang kau mahu longgokkan masalahmu
Dia sudah disamping
Mengapa masih aku yang dicari untuk berbicara
Dia sudah disamping
Mengapa mesti hidupku yang kau peduli

Nyah kau dari hidupku
Pergi! Pergi!
Engkau berdua sudah MATI
Tiada lagi dalam hati ini !

Berhenti !
Stop!
Noktah!

Khamis

Berhentilah di sini!

2 minggu berlalu

aku kini yatim piatu
ku haramkan dia jejak lamanku
tapi dia muncul juga
dan itu
hanya membuatkan aku
terluka lagi
lebih parah dan bernanah

puluhan tahun dulu
aku ditinggal ibu
minggu sudah
aku ditinggal ayah
aku yatim piatu
membawa diri tanpa arah

dia dulu harapanku
juga harapan ayah
tapi kini rupanya dialah barah
mengapa mesti tunjuk diri
sedangkan itu hanya mengundang resah

mungkin berbahagia untuk melihatku
sendirian menyusur jalan penuh liku
tanpa ada seseorang yang jadi pelindung
senyum sepi dalam hatinya
berbisik- nah rasakan sekarang kau dah sendiri
baru puas hati

tahniah
kerana harapanku rupanya
pemusnah segala impian

tahniah
kerana mungkin hajatmu
telah tercapai sudah

berbahagialah
dengan apa yang terjadi padaku
senyumlah bibirmu
sepuas hati dan qalbu

dan....
berhentilah di sini
jangan ditanya lagi
apa khabarku si yatim ini!

dan...
berhentilah di sini
jangan diintai lagi
apa kisahku si yatim ini!

dan....
berhentilah di sini
jangan dicari lagi
kemana si yatim ini pergi!

kerana impianmu
untuk melihat tiada sesiapa di sisiku
Sudah pun terlaksana kini!

Selasa

Demi kita...

Demi kita...
Ramadhan nan lalu
Indahnya hari
Indahnya masa
Indahnya bersama

Demi kita...
Ramadhan ini menghampiri
Sakitnya luka
Pedihnya rasa
Pilunya jiwa

Syawal kan di ambang
Demi kita...
Ku bermohon kiranya
Jangan kalian didepan mataku
Jangan kalian hampiri aku

Syawal yang mulia
Demi kita...
Ku pinta kiranya
Jangan kau sakiti aku
Tolong lenyapkan diri kalian
Dari diriku!

Demi kita...
Jangan ditambah piluku
Jangan ditambah sakitku
Jangan ditambah lukaku
Jangan ....Jangan...

Demi kita...
Tak perlu ziarahi aku
Tak perlu perlihatkan bahagiamu
Aku tak mahu tahu
Tak perlu perlihatkan deritamu
Aku tak ingin tahu

Demi kita...
Pergi.....adukan padanya
Ayuh.....tunjukkan padanya
Sampaikan pinta yang satu ini
Lenyapkan bayangan kalian
Jangan hadir di hadapanku

Tiada sebarang simpati
Yang ingin aku persembahkan
Tiada sebarang pertalian
Yang ingin aku sambungkan
Anggap saja aku telah MATI!

sampai ajal

Paku yang lekat di hati
Sangat tajam,sungguh
Telah ku cabut
Telah ku buang
Namun bekasnya
Takkan hilang
Sampai bila-bila

Paku yang lekat di hati
Pedihnya terasa hingga ke ulu
Telah ku campak
Nun jauh menjulang
Namun parutnya
Meninggalkan kesan
Sepanjang zaman

Isnin

Di sana belum tentu...

Syaitan melonjak
Aku menang katanya
Iblis terbahak-bahak
Meraikan suasana
Jembalang berterbang bebas
Menyemarakkan lagi
Api kepada yang alah!

Keraian diraikan
Penuh suasana
Kebahagiaan di sini
Di sana belum tentu lagi!

Di sini ya...manusia busuk hati
Dugaan kemenangankan disisi!

Rabu

Monolog sandiwara si kalut

Bahasa selembut sutera
Amarah terselit di balik kata
Nista terpahat sengketa dijaga
Gagah hati konon kasih setia
Kaki mati hajat berlari
Angan tinggi sebenarnya iri
Insan menangis hatinya hepi.

Jumaat

Eceran Madah Tangisan

Tap tap tap tap
Angkat kaki dan melangkah
Ngiang di telinga
Geram suara disembunyi
Igauan kehidupan
Sewenangnya menghampiri
Antara riuh dan sepi
Nyawa seakan dihujung sipi

Imbauan amarah
Terkatup rapi
Untaian benci menyelubungi

Merah mata memandang
Entahkan kerana marah
Merah mata melihat
Atau mungkin menangis
Keluh resah dihati
Selumbar tajam itu
Amat sakit tusukannya

Dalam lembut wajah
Idioleknya halus parah
Abadi rasa mengongkong sudah

Mohor cinta itu
Eceran tangisan
Nan melemah jiwa
Eceran ugutan rasa
Radang rabasmu
Ikatnya terpaksa
Madah tangisan itu
Anggukkannya menjadi iya
Melari diri tidak terdaya
Untuk itu dia terpaksa

Ahad

Puisi Tinta Semalam

TINTA SEMALAM

Secebis kisah suatu kehidupan
Tersurat..tersirat..
Dalam jiwa terkesan

Ada waktu

Malap tiada sinar

Ada masa

Cahaya menerangi ruang

Ada kala

Penglihatan berkaca di mata

Ada ketika

Indahnya senyuman seindah
suria

Tinta semalam

sekadar berkisah
segala
rasa jiwa

Bila Aku Menangis

-Dari 'Bila Pena Menari : – XiS

Bila aku menangis
Siapakah dapat memahami
Hiba tangis ini
Atau gelora rasa
Sang lelaki yang kecewa

Bila aku menangis
Siapa bisa melihat
Si air mata yang berlinang
Atau riak duka
Bila senyum melindungi

Bila aku menangis
Adakah yang mendengar
Sedu senduku
Atau jeritan batin
Manusia kerdil bernama aku

Bila aku menangis
Adakah tangan yang menghulur
Memimpin aku pulang
Mahupun memelukku
Sekadar mereda gelisah

Bila aku menangis
Di mana tempat buatku
Mengadu nasib yang tak seperti
Atau menumpang kasih
Masihkah ada yang sayang

Khamis

Cinta Tiga Segi

Bertahun sudahku
Menunggu dirimu
Sukarnya untukku
Melupakanmu

Kerana kau
Ku cintai selalu
Tapi sayang
Kehadiran kekasih lamamu

Datang kembali
Mengenang cinta dahulu
Mangapa ini semua
Harus berlaku

Apakah ini semua
Kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak
Dalam percintaan

Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat
Terperangkap ditengah lautan

Tak tahu mana arah
Untuk kau menuju

Andai kau pinta
Untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan

Mungkinkah ini
Suatu pengajaran
Didalam percintaan

Sendiwara Cinta Semusim

Bila debunga cinta
Gugur layu terkulai
Sepi menyelubungi
Hatiku yang kini melara
Pudar bersama masa
Cinta semusim kita
Yang tak bisa
Bertaut kembali

Telah aku menduga
Tiada indah mewangi
Hanya bersanding dikau
Berpura cinta dan berbudi
Bukan membalas cinta
Yang lahir dari hati
Mu yang suci
Cinta yang abadi

Oh tak ku menduga mengapa
Bisa terjadi sebegini
Ku fikir selama-lamanya
Ini cinta kita hati ke hati
Dimana janjimu katamu
Akulah milikmu abadi
Oh tak mingkin ini hanyalah
Semata-mata sandiwara

Jika itu kehendakmu
Mungkin nanti
Satu waktu
Kau kan kesal
Hingga ke akhir hayatmu

Ahad

Ayat-ayat misteri

Ayat-ayat manis
Kata-kata indah
Penghias lidah
Cermin wajah.

Cantiknya kata-kata
Menawannya bahasa
Menjerat si hati teruna
Tanpa sedar ada bisa dibaliknya.

Semalam langkahnya setapak
Kini langkahnya nun menapak
Apakah kuasa apakah bicara
Segalanya diturut sahaja.

Ayat misterikah diguna
Sehingga lupa
Sampai berpaling tadah
Pada janji-janji jiwa.

Mentera haluskah kata-kata
Terbisik di hatinya
Perubahan laku
Mendadak berinya...

Diambil tanpa sedarnya
Diterima tanpa kemahuannya
Diturut tanpa punca
Disayang paksa rela.

Semoga tidak terlambat
Untuk Dia menyedarkannya
Dari ayat-ayat misteri...

Rabu

Bicara Hati Sufi

aku tak perlu kata sumbang

untuk menikam langkah

yangbaru mahu kumula

aku tak perlukan beku suara ikhlas

untuk memberi sejalur cahaya

dalam duniaku yang gelap

aku juga benci

untuk terus menatap wajah sinis

yang kau pampang saban hari

oh begitulah manusia tak sedar diri,

cahaya yang sejalur mahu disimpan sendiri,

konon boleh mendabik tinggi,

padahal mati tak bawa budi

Khamis

Segalanya tentang aku

Di sini tempat aku
Memandang tempat dulu diambil orang
Di sini suka duka aku
Melepas dan membina

Aku cerita tentang aku
Aku berpuitis hidup aku
Aku berkisah derita aku
Aku berceritera bahagia aku

Di sini di sebalik hati
Aku melepas duka
Agar tidak terpendam lama

Di sini di sebalik hati
Aku membina suka
Agar terlupa segala halia

Gigit cili pedas
Kumam gula manis

Pesan jinggo selalu terimbas
Setiap yang jadi
Asalnya adalah pilihan kita

Di sini segalanya tentang aku saja!

Ok ke tak Ok?

Saat aku kata Tak Ok,
Engkau kata,
Kalau dah suratan begitu,
Engkau Ok saje.

Aku pikir-pikir,
Kata-kata yang terzahir,
Aku setuju di saat akhir,
Aku ikut engkau,
Aku kata Ok.

Setelah aku kata Ok,
Engkau pula kata tak boleh,
Engkau kata nak undur,
Bagi laluan kat aku.

Aku saja nak tengok,
Betul ke engkau Ok,
Tapi rupanya engkau tak Ok,
Sengaja pusing-pusing,
Kejap Ok kejap tak Ok.

Eh, kalau engkau pergi sekolah
Aku pun pergi sekolah
Jangan ingat aku tak perasan
Engkau guna tektik Psiko kan?

Guna air mata,
Guna kesempatan pendek usia,
Engkau serahkan segala-gala,
Ikat orang walaupun amat ketara,
Ia salah di sisi agama!

Engkau ni sebenarnya,
Ok ke tak Ok?

Jumaat

Air Mata Dusta

Air mata
Putih jernih
Satu titisannya
Melemahkan jiwa
Yang sedia lemah

Air mata
Senjata biasa
Menagih kasih
Menagih cinta
Supaya setia

Air mata
Ikhlas guna penyelamat jiwa
Alat perangkap
Untuk mengikat rasa
Jika di guna
Bertahan selama mana?

Air mata
Bijaknya akal
Malah tidak peduli
Kerana air mata yang sama
Air mata lain mengalir juga

Itu..Air mata dusta
Itukah nama bahagia?

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com