Ahad

Ayat-ayat misteri

Ayat-ayat manis
Kata-kata indah
Penghias lidah
Cermin wajah.

Cantiknya kata-kata
Menawannya bahasa
Menjerat si hati teruna
Tanpa sedar ada bisa dibaliknya.

Semalam langkahnya setapak
Kini langkahnya nun menapak
Apakah kuasa apakah bicara
Segalanya diturut sahaja.

Ayat misterikah diguna
Sehingga lupa
Sampai berpaling tadah
Pada janji-janji jiwa.

Mentera haluskah kata-kata
Terbisik di hatinya
Perubahan laku
Mendadak berinya...

Diambil tanpa sedarnya
Diterima tanpa kemahuannya
Diturut tanpa punca
Disayang paksa rela.

Semoga tidak terlambat
Untuk Dia menyedarkannya
Dari ayat-ayat misteri...

2 kata hati:

naz ilyn berkata...

salam...

begitu kuasakah ayat-ayat cinta
hingga manusia terpedaya
bicara apakah bisa melawan kudratnya
hingga manusia melupakanNya
kata-kata seindah mana begitu mempersona
hingga manusia lupa pada bumi yang nyata
tiada kata seindah bahasa
biar mentera dibaca ayat misteri di guna
yang berkuasa tetap yang maha Esa
hanya DIA mampu menghalangnya
mintalah hanya pada DIA

~Insan Biasa~ berkata...

manusia ,kalau nafsu menguasai jiwa. kerana 'cinta' sanggup buat apa sahaja. Yang terkena...manakan perasan segala puaka. Tak endah yang ada di kelilingnya. Padanya cinta manusia itulah segalanya dalam jiwa!

Tapi, benar...segalanya atas izin dari DIA. Tentu ada yang DIA ingin tunjukkan pada kita. Semoga yang terkena segera ke alam nyata.

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com