Memaparkan catatan dengan label Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diri. Papar semua catatan

Selasa

Semuanya di sini

Bait-bait kata

Aku susun
untuk bacaan sendiri
Bait-bait kata
Aku cipta
untuk kepuasan hati
Menulis kerana tiada suara
Perkataan itulah suaraku
Mahu memahaminya?
Silakan....
Jika sebaliknya
maka abaikan sahaja
Usah pening-peningkan kepala

Kerana...
Aku menulis untuk jiwa aku
Aku menulis untuk hati aku
Aku menulis untuk diri aku

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada kisah ada cerita
Nyata dan bukan ciptaan semata-mata

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada tangis ada tawa
Semuanya milik saya

Dalam susun kata
Itulah aku
Dalam gurindam
Itulah jiwa
Dalam irama
Itulah nyawa

Di sebalik hati
Sememangnya ada cerita
Di sebalik hati
Sememangnya ada kisah
Kisah aku, dia dan mereka

Semuanya di sini
Di sebalik hati....

aku kasih I dan II

I
sayang dia
dalam hati
kasih dia
dalam jiwa
rindu dia
dalam mimpi

II
sayang Dia
selalu
kasih Dia
sentiasa
rindu Dia
tanpa henti

antara I dan II
I selalu dalam fikiran
II selalu insan alpa
I selalu kita risau
II sentiasa kita lupa

dan aku
sayang kasih serta rindu
hatiku menjerit
hatiku menyatakan
dalam diam
dalam laku

I adakah dia tahu?
II aku pasti Dia mengerti

Semoga II akan menyampaikan
suara hatiku kepada I

dan dengan itu
aku redha ketentuan II
tentang hidupku terhadap I

Ahad

Puisi Tinta Semalam

TINTA SEMALAM

Secebis kisah suatu kehidupan
Tersurat..tersirat..
Dalam jiwa terkesan

Ada waktu

Malap tiada sinar

Ada masa

Cahaya menerangi ruang

Ada kala

Penglihatan berkaca di mata

Ada ketika

Indahnya senyuman seindah
suria

Tinta semalam

sekadar berkisah
segala
rasa jiwa

Jumaat

Retribusi dihati

Pepohonan itu rendang
Elegi sayu berkumandang
Naning berkeliaran
Caruknya jiwa nan ego
Untuk mengawal alam
Retribusi diberi
Ijajil diperhati

Sabtu

Janji tetap janji

Janji....
Ramai manusia berjanji
Janji, kata mudah
Untuk hajat dilepasi
Janji, jalan pintas
Untuk peroleh hati

Piirahh pada janji
Setelah hajat dipenuhi
Pooodahhh pada janji
Setelah hati dimiliki

Itu janji manusia
Aku, dia dan mereka
Aku pegang pada janji
Janji yang aku buat
Jugapada apa yang aku dijanjikan

Aku ....
sangat marah orang yang berjanji
sekadar untuk memenuhi tuntutan hati
sekadar untuk memuaskan nafsu diri

Dia....
Mudahnya buat dan mungkir janji
Mudahnya bersumpah setia
Yang mana akhirnya makan diri

Mereka...
Tak ada kena mengena
Tidak peduli pun apa nak jadi
Itu hal tak ambil kisah
sama sekali

Aku mahu hak aku ditunaikan
Dia mahu hak dia tidak diganggu
Mereka mahu hak mereka tidak dicerca

Kebiadapan senyap sudah lama berlangsung
Sewenangnya kerana dia rasa kemenangan
Kesombongan ghaib tertutup
Kerana adanya tempat mengadu damba

Aku biarkan
Kerana aku sendiri sudah menang
Walaupun aku dikata guru tidak berajar

Aku diamkan
Kerana aku sendiri sudah di tempat
Di mana yang sepatutnya

Aku senyum
Kerana aku dah tunaikan janji
Walau aku dituduh dalam hati

Akhirnya aku syukur
kerna......
Bukan aku yang dikata merampas
Bukan aku yang dituduh pengkhianat

Sebagaimanapun aku diperkatakan
Pada aku, janji itu tetap janji
Janji perlu ditunaikan
Sebagaimana aku menunaikan

Aku berpegang teguh pada janji
Aku menuntut apa yang telah dijanji.

Peringatan untuk hati ini...

"Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati"

Kau tak boleh tinggalkan aku sebab...
Tapi hati aku dah kat kau...
Jangan lah lupa kau dah buat begini...
Kau tak boleh...

Kau nak lari dari tanggungjawab...?
Tidak...tapi aku....
Kau nak malukan aku...?
Keluarga aku...?
Tidak....
Kau nak mungkir janji?
Tidak....
Kau nak jadi munafik?
Jangan kata begitu...

Jika semuanya tidak...
tandanya...
Kau akan bertanggungjawab
Kau takkan tinggalkan aku
Kau takkan mungkir janji
Kau akan bersama aku

Terima kasih
Akhirnya kau bersama aku
Kau cinta aku
angguk saja
Kau sayang aku
angguk saja

Aku dapat akhirnya
Cinta simpati..
atau
Cinta setulus hati..

Wahai akal...bantu aku.

Selasa

Dari Mata Hati si Tinta Qasih...

Terkadang
dengan mata hati
kita mampu merawat
parahnya kecewa.

Terkadang
dengan mata hati
kita mampu melihat
cerminan diri di wajah peribadi.

Tapi terkadang
dengan mata hati jua
kita mampu tersasar
dari landasan yang bernama hidup.

Ahad

Ini aku

Ini aku...
Di sini hanya di sini
Tiada kisah lain
Selain kisah aku

Mengapa mesti terkesan dihatimu
Aku bukan sesiapa denganmu
Engkau bukan sesiapa denganku
Mengapa harus teriak suaramu

Hidup aku, aku yang mengerti
Sungguh kau pernah berbisik
Faham.....mengerti hati ini
Beradalah di tempatku

Itupun belum tentu pasti
Engkau fahami apa yang aku tempuhi
Lembut tak bererti tulus
Kasar tak bererti tiada hati

Ketenangan
Jika kemaafan diselusuri
Gelora badai masih tersisa
Tanda kemaafan tiada setulus bicara kata

Engkau bahagia....
Teruskan hidupmu
Silakan ambil cahaya yang kau mahu
Aku bukan sesiapa
Buatlah sesuka hatimu

Aku akan terus di sini
Tak perlu kau berkait
Dengan tulisanku di sini
Engkau dan aku asing

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com