aku tak perlu kata sumbang
untuk menikam langkah
yangbaru mahu kumula
aku tak perlukan beku suara ikhlas
untuk memberi sejalur cahaya
dalam duniaku yang gelap
aku juga benci
untuk terus menatap wajah sinis
yang kau pampang saban hari
oh begitulah manusia tak sedar diri,
cahaya yang sejalur mahu disimpan sendiri,
konon boleh mendabik tinggi,
padahal mati tak bawa budi
~ Nukilan 27 Jun 2019 ~
5 tahun yang lalu
0 kata hati:
Catat Ulasan