Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan

Isnin

Sendiri tidak mengapa...Orang lain tidak boleh

Boleh? Kita ikut tajuk?
Sendiri buat..Ok
Orang lain buat...Tak Ok

Sendiri menyindir orang
Konon berkhemahlah
Konon betul caranya
Papar kata-kata motivasi
Anggapannya

Hakikat
Sedang mengata
Sedang menyindir
Sedang menghiris hati
Sedang melukakan

Ops...mana ada
Katanya
Jangan pandang negatif
Pandanglah positif
Itukan.....
Kata-kata motivasi
Mengurangkan egoisme?

Cuba terhantuk kepala
Orang lain buat
atas alasan serupa
Motivasi
Mengurang egoisme diri

Delete,delete,delete
Hah!
Kenapa tidak boleh terima?

Sabtu

Serabut

Serabut...
Tiba-tiba disergah
Tanpa sebab
Serabut...
Tiba-tiba dikerah
Jangan emosi!

Sentak...
Sebulan dah lepas
Kini baru disoal
Pelik...
Sudah lepas
Tiba-tiba diperkata

Kecil
Kenapa tiba-tiba
Diperbesarkan?

Aku tak paham
Salah akukah
Silap akukah
Sehingga timbul
Salah faham begini

Perkara itu sudah berlalu!
Apa perlunya
Dibangkitkan semula
Kalau hanya membakar
Hati-hati yang tak mengerti
Hujung pangkalnya dan isi??

Oh tuhan,
Lindungi kami
Lindungi hati ini
Dari bersengketa lagi
Angkara perkara yang tak pasti

Jumaat

Jauhkan dosa itu dari menghampiriku

kemaafan itu
tidak akan pernah ada
untuk mereka

jangan sangka
hadirku di tanah pusaka
sudah lembut jiwa

aku pulang
sekadar urusan
yang perlu diselesai segera

sakitnya hati
jika tersua muka
kenapa tidak saja mati

doaku pada Dia
jangan disua muka
supaya tidak bertambah dosa

doaku pada Dia
jangan ditunjuk rupa
supaya tidak bertambah sakit dada

Ya tuhan aku meminta
jangan Kau pertemu kami
kerana itu hanya menambah sakit hati
kerana itu hanya menambah dosa diri

Jauhi aku ya Allah
Dari bertemu dengan mereka
Yang mampu membuatkan aku
perlaku sesuatu yang menambah dosaku

Jauhkan mereka!!
Jauhkan mereka dari aku!!!

Khamis

Berhentilah di sini!

2 minggu berlalu

aku kini yatim piatu
ku haramkan dia jejak lamanku
tapi dia muncul juga
dan itu
hanya membuatkan aku
terluka lagi
lebih parah dan bernanah

puluhan tahun dulu
aku ditinggal ibu
minggu sudah
aku ditinggal ayah
aku yatim piatu
membawa diri tanpa arah

dia dulu harapanku
juga harapan ayah
tapi kini rupanya dialah barah
mengapa mesti tunjuk diri
sedangkan itu hanya mengundang resah

mungkin berbahagia untuk melihatku
sendirian menyusur jalan penuh liku
tanpa ada seseorang yang jadi pelindung
senyum sepi dalam hatinya
berbisik- nah rasakan sekarang kau dah sendiri
baru puas hati

tahniah
kerana harapanku rupanya
pemusnah segala impian

tahniah
kerana mungkin hajatmu
telah tercapai sudah

berbahagialah
dengan apa yang terjadi padaku
senyumlah bibirmu
sepuas hati dan qalbu

dan....
berhentilah di sini
jangan ditanya lagi
apa khabarku si yatim ini!

dan...
berhentilah di sini
jangan diintai lagi
apa kisahku si yatim ini!

dan....
berhentilah di sini
jangan dicari lagi
kemana si yatim ini pergi!

kerana impianmu
untuk melihat tiada sesiapa di sisiku
Sudah pun terlaksana kini!

Selasa

Demi kita...

Demi kita...
Ramadhan nan lalu
Indahnya hari
Indahnya masa
Indahnya bersama

Demi kita...
Ramadhan ini menghampiri
Sakitnya luka
Pedihnya rasa
Pilunya jiwa

Syawal kan di ambang
Demi kita...
Ku bermohon kiranya
Jangan kalian didepan mataku
Jangan kalian hampiri aku

Syawal yang mulia
Demi kita...
Ku pinta kiranya
Jangan kau sakiti aku
Tolong lenyapkan diri kalian
Dari diriku!

Demi kita...
Jangan ditambah piluku
Jangan ditambah sakitku
Jangan ditambah lukaku
Jangan ....Jangan...

Demi kita...
Tak perlu ziarahi aku
Tak perlu perlihatkan bahagiamu
Aku tak mahu tahu
Tak perlu perlihatkan deritamu
Aku tak ingin tahu

Demi kita...
Pergi.....adukan padanya
Ayuh.....tunjukkan padanya
Sampaikan pinta yang satu ini
Lenyapkan bayangan kalian
Jangan hadir di hadapanku

Tiada sebarang simpati
Yang ingin aku persembahkan
Tiada sebarang pertalian
Yang ingin aku sambungkan
Anggap saja aku telah MATI!

Rabu

jika begini, tidak sepatutnya begitu...

Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dipandang luar biasa,
Aku masih seorang hamba-Nya.

Aku cuma seorang insan...
Walaupun mungkin dikata hebat,
Aku masih seorang manusia.

Aku pengajar
Aku pendidik
Di dalam ruang sekitaran

Aku memberi
Aku berkongsi
Ilmu yang juga ihsan dari-Nya.

Bersalahkah aku jika...
Sesekali aku terlupa?
Sesekali aku tersilap?
Sesekali aku terleka?

Tidak bolehkah aku jika...
Sesekali terjatuh?
Sesekali tersungkur?
Sesekali tersedu?

Kerana aku manusia
Yang punya hati
Yang punya perasaan
Yang punya nafsu

Mengapakah mesti ?
Orang hebat tak patut silap....
Orang bagus tak patut leka....
Orang begitu tak patut macamni...
Orang begini tak patut macamtu...

Kalau terlalu kerap mungkin tak patut...
Tapi kalau sesekala ...... salahkah?
Tapi kalau sesekali..... tak bolehkah?

Kita sering dengar ungkapan
Kita tak sempurna...x pernah sempurna...
Tapi apabila orang hebat tersilap langkahnya
Mengapa ada suara-suara di belakangnya?
Tak patut begitu dan begini
Di manakah pernyataan...'kita x pernah sempurna'
Yang dulunya menjadi mainan dibibir??

Ibaratnya - 'kita tak pernah sempurna' hanya untuk diri empunya yang tersungkur.
Begini agaknya :
Diri sendiri silap - alasan - kitakan manusia, mana pernah sempurna.
Orang lain silap - alasan - dia hebat tak sepatutnya buat silap!
Adilkah begitu??

putuskan SEMUA di tanah pulau

Hebatkah kemenangan itu
Megahkah dengan pemilikan itu
Jika ianya menghiris pilu
Jika ianya memberi kebersalahan di situ

Ketekadan itu diteruskan
Aku di sana hanya kerana hak
Terlerai hak itu dikemudian hari
Maka bayangku pun takkan terlihat lagi

Tanah itu kesayanganku
Bumi makmur itu tempat permainanku
Kerana bahangnya kerana tajamnya duri
Takkan lagi aku berada di situ

Biarpun terseksa dengan kejauhan
Biarpun kerinduan dengan kenyamanan
Biarpun kasih dengan keakraban
Namun kuterpaksa untuk satu ketenangan

Khamis

Mungkinkah

Mungkinkah...
Langkahku terkedepan
Yang keterlaluan..
Maka,
Biarlah kuundur setapak
Kebelakang.

atau

Mungkinkah...
Kelibatku sebenarnya
Cuma sejuk di angin lalu
Maka,
Panas mentari itu
Akhirnya menyedarkanmu

Tentang siapa aku.

apa

Mungkinkah...
Antara air dan tanah
Yang nyata berbeza zarah
Maka,
Akalmu mencetus fikir
Akhirnya menyedarkanmu

Tentang siapa dirimu.

dan

Mungkinkah...
Disebabkan siapa aku
Disebabkan siapa dirimu
Maka,
Jurang itu dibina
Akhirnya mungkin jugakah
Kau akan mencipta sebuah kisah...

Kita tidak ditakdirkan untuk bersama.

Sabtu

Kenapa dengan nama itu?

Nama itu namamu
Mengapa perlu malu
Mengapa perlu segan

Nama itu namamu
Itulah pilihannya
Itulah gelarannya

Nama itu namamu
Berbanggalah padanya
Besyukurlah engkau ada nama

Nama itu namamu
Walau bagaimanapun ejaannya
Walau bagaimanapun bunyinya

Itulah nama asalmu!

Isnin

Kemaafan yang Menjauhi

Langsaikan apa yang perlu
Sudahi apa yang dimulai
Tunaikan apa yang dijanji
Jangan sampai tergagap
Tatkala tangan berjabat
Dikhalayak ketika majlis
Hanya kerana kemaafan
Yang tidak dimiliki...
Tunaikan,
Atau impian kan menjauhi.

Hebatnya Perlakuan

Bahagia... dicari-cari manusia
Derita manusia lain ....dititipkan

Kaya... semua mahu kaya
Keringat manusia lain.....dikerahkan

Bertanggungjawab benar

Ribu-ribuan dicari
Sembilan?
Mampu di beri
Untuk kebahagiaan....

Sungguhkah?

Sa dua ratusan
Hutang dibiarkan
Sehingga berbulan-bulan
Entahkan bila nak dilangsaikan

Hebatnya perlakuan

Itukah cara bahagia ditempa?
Itukah jalan mewah dibina?

Jumaat

Lakonan Jiwa

Jangan disangka aku pemarah
Intailah sedalamnya baru dikerah
Wajah bengis bukan pujaan
Angkuh hatimu tenggelam pujian

Sifatmu hipokrit terserlah
Angkara rebutan satu jiwa
Keruh wajah jelas kelihatan
Ihsan terbang tatkala impian ditangan
Tepak itu dilangkah hati hitam

Ahad

Sisa kasih dusta

Bunga-bunga mewangi
Esok mentari kan menyinar
Resahku masih bertapa
Lemahnya jiwa dan minda
Antara ceria dan kecewa
Gahnya dia mendabik dada
Angkuhnya memandang rupa
Kelu lidahnya untuk menyapa

Doaku sentiasa meminta
Allah jauhkan aku dari memandangnya
Nyakitkan hatiku sentiasa

Saat dan waktu terus berlalu
Omongannya masih di telinga
Masih kasih lidahnya menyusun kata
Bahang cinta dulu
Obornya masih menyala
Nyata dihatinya masih membara
Gagah menutup segala sisa kasih dusta

Jumaat

MYTS

Apa maknanya impian..
Datang dan pergi…
Membawa hati menyusuri kembali..
jalan2 sepi….
Kau kah di situ yang menantiku
Atau jelmaan hidup kenangan yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita dengan rela menjadi pendusta…
Siapakah dulu membina harapan..
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba2 datang dan menghilang

Kau bayang2..masa nan silam..
Ada ketika terbawa-bawa oleh resah mimpi yang tak sudah.

Isnin

Dendangan Farawahida

sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkanlah segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa lukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasingan ku
hilangkan lah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkan lah segalanya

Ahad

Sekadar menentu ketahuan

Subuh sepi Ramadhan
Hati terkenang insan paling ku cinta
Sedih pilu rasa jiwa
Tatkala sampainya hati dia
Merampas rasa bahagia

Kemanakah janji
Dimanakah setia
Mengapakah sirna
Setelah usai menabur cinta

Engkau menghulur kasih
Saat deritamu tiba
Engkau menghulur tuba
Pabila bahagiamu menjelma

Kepadaku engkau mengadu
Pabila sepi hati menjamu
Laluku kau singkiri
Tatkala sepimu beradu

Aku sekadar menentu ketahuan

Setampan Yusufkah diri
Seayu Zulaikha yang kau cari?
Sehebat Muhammadkah diri
Semulia Khadijah kau ingini?

Aku sekadar menentu ketahuan

Tenangkah jiwamu
Merampas cintaku yang kau beri dulu
Bahagiakah hatimu
Setelah menghancurkan jiwaku

Aku sekadar menentu ketahuan

Ketawa riakah hatimu
Tatkala aku merindu
Berbahagiakah super egomu
Tatkala id dan egomu menderaku

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com