2 minggu berlalu
aku kini yatim piatu
ku haramkan dia jejak lamanku
tapi dia muncul juga
dan itu
hanya membuatkan aku
terluka lagi
lebih parah dan bernanah
puluhan tahun dulu
aku ditinggal ibu
minggu sudah
aku ditinggal ayah
aku yatim piatu
membawa diri tanpa arah
dia dulu harapanku
juga harapan ayah
tapi kini rupanya dialah barah
mengapa mesti tunjuk diri
sedangkan itu hanya mengundang resah
mungkin berbahagia untuk melihatku
sendirian menyusur jalan penuh liku
tanpa ada seseorang yang jadi pelindung
senyum sepi dalam hatinya
berbisik- nah rasakan sekarang kau dah sendiri
baru puas hati
tahniah
kerana harapanku rupanya
pemusnah segala impian
tahniah
kerana mungkin hajatmu
telah tercapai sudah
berbahagialah
dengan apa yang terjadi padaku
senyumlah bibirmu
sepuas hati dan qalbu
dan....
berhentilah di sini
jangan ditanya lagi
apa khabarku si yatim ini!
dan...
berhentilah di sini
jangan diintai lagi
apa kisahku si yatim ini!
dan....
berhentilah di sini
jangan dicari lagi
kemana si yatim ini pergi!
kerana impianmu
untuk melihat tiada sesiapa di sisiku
Sudah pun terlaksana kini!
2 kata hati:
sabar laa..
aku tetap disini
heheh
salam....
biarlah apa dikata
usah dikira kata nista
biarlah dia gembira ceria
usah diingat duka nestapa
biar lara mengalir ke muara
sesungguhnya si yatim tinggi mertabatnya
Catat Ulasan