Selasa

Kejauhan Sayup Bicara

Terdetik di hati, tapi disepikan
Terlihat di mata, terus dibutakan
Tersentuh di jiwa, turut dipendamkan

Pernah disuara, pamitnya sebentar pun tiada
Pernah diperlihat, pimpinan erat lantas dilepas
Pernah diluahkan, perginya menambah jarak

Makanya , dalam hati kan terus bersemadi
Makanya, dipandangan cukup untuk direnungi
Makanya, debar rasa jiwa harumnya tanpa rupa

Biarlah diri berdiam rasa hati
Dekat mesra sekadarnya memadai

Bicara semalu

Bibir bisu tanpa suara
Hanya tingkah memberi makna

Mata memandang dari layar
Hati menilai setiap kata di papar

Tiap bait kandung makna
Menyampai maksud dari jiwa

Jumaat

Enggang Pipit Seiring

Hebatnya sang enggang
Terbang tinggi mencecah awan
Bangganya melihat alam

Hebat juga si pipit
Kibasan sayap hingga ke langit
Besar hatinya memandang darat

Sungguhpun keduanya hebat
Masih tak cukup kudrat
Untuk menolak budaya dan adat
Nak terbang seiring harus sedarjat

Enggang yang gagah terpaksa menyepi
Pipit yang cantik terpaksa memendam diri
Walaupun itulah yang hakikat
Budaya telah mengikat

Sudah petir ditambah kilat

Tukar arahmu Enggang
Kuatkan kibasan sayapmu pipit
Terbitkan muafakat
Tak mustahil kan peroleh berkat!

Khamis

Mungkinkah

Mungkinkah...
Langkahku terkedepan
Yang keterlaluan..
Maka,
Biarlah kuundur setapak
Kebelakang.

atau

Mungkinkah...
Kelibatku sebenarnya
Cuma sejuk di angin lalu
Maka,
Panas mentari itu
Akhirnya menyedarkanmu

Tentang siapa aku.

apa

Mungkinkah...
Antara air dan tanah
Yang nyata berbeza zarah
Maka,
Akalmu mencetus fikir
Akhirnya menyedarkanmu

Tentang siapa dirimu.

dan

Mungkinkah...
Disebabkan siapa aku
Disebabkan siapa dirimu
Maka,
Jurang itu dibina
Akhirnya mungkin jugakah
Kau akan mencipta sebuah kisah...

Kita tidak ditakdirkan untuk bersama.

Selasa

Bila Hati Berbahasa

minggu ini
aku merasa seperti pisang rebah
adakala
tercacak seperti lembing tergadai
umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidak
air diminum terasa sedih, nasi dimakan terasa sekam

namun aku berkata sendiri
pilihlah

berhati baja, berurat kawat


hari ini
seakan
mencari umbut di dalam batu
sepertinya dalam kilat ada kilau

di hati...seolahnya
dapat tak tercapai, jauh tak berantara

dan aku sedar
di mana api berpupuk, di situlah asap keluar
hendakku terbang tiada pula bersayap
ingin hati memandang pulau, sampan ada..pengayuh tiada
ibaratnya kaki untut dipakaikan gelang

mengapalah agaknya
limau masak sebelah, perahu karam sekerat?
sungguhpun merajuk air di ruang, hendak karam kan kutimba juga

Jumaat

Sungguh Pelik

p.e.l.i.k
ah...pelik ke?
itu anugerah dari-Nya
Dia memberikan aku
tentang rasa itu
betapa indahnya

r.i.n.d.u
kerinduan sepi
menyempurnakan
sinar matahari
melengkapkan
sinar pelangi

Selasa

Datang lagi...

Hening pagi
Sunyi
Dag dig dug
Haiza menyanyi

Datang lagi
woooo...deru angin
Lembut menyapa wajah
Nyamuk
Terngiang di telinga

Derap hati...pelik
Rindu itu bertapa lagi
Persis sedekad lalu

Rindu yang pelik
Rindu yang aneh
Persis sedekad lepas

Bagaimana hati ini
Boleh rindu
Pada hati itu

Peliknya rindu
Seiras rindu sedekad itu

Jumaat

Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka

Duka sang hati terluka jiwa
Duka laksana terbakar di bara
Titisan air mata bisa terasa
Pedihya tiada bahasa

Di sana
Indahnya rerama
Berterbangan ceria warna

Di situ
Bunga-bunga mewangi
Pelbagai harumnya

Di sana Di situ
Cantiknya warna-warna pelangi
Mataku tertumpu
Melirik Indah segala warna
Untuk
Mengubat Kisah Duka

Rabu

Ah....mainan tidur barangkali!

Aku pernah bermimpi
Majlis gemilang
Gah di semua pandangan
Cahaya saling bergemerlapan

Namun
Cincin di jari tersarung
Besar lagi buruk
Bergerigi sisi
Kusam lagi pudar kilau

Ah...mainan tidur
Barangkali!

Isnin

Di sana belum tentu...

Syaitan melonjak
Aku menang katanya
Iblis terbahak-bahak
Meraikan suasana
Jembalang berterbang bebas
Menyemarakkan lagi
Api kepada yang alah!

Keraian diraikan
Penuh suasana
Kebahagiaan di sini
Di sana belum tentu lagi!

Di sini ya...manusia busuk hati
Dugaan kemenangankan disisi!

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com