Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan

Khamis

Mereka....

Mereka...
Horey horey horey
Macam filem baru tu la hey
Tanpa ada aku....
Hey...hey...hey...
Semoga mereka terus horey..

Mereka...
Ha ha ha ha
Bergembira celebrate sama-sama
Tanpa ada saya
Ha ha ha ha
Semoga mereka terus bahagia

Mereka...
Wee wee wee
Ceria di hati
Tanpa diri ini
Wee wee wee
Semoga mereka berseri tiap hari

Mereka...
Hey...Ha...wee...
Santai di hujung waktu
Santai di hujung masa
Santai di hujung hari

Akan ada waktu,
Akan ada masa
Akan ada hari
Suatu ketika
Aku pula di cari - cari
Semoga diketika itu
Aku masih ber'hati'
Untuk memberi hati ini
Berkongsi rasa
Hey Ha Wee

Siapalah aku kini..


Jumaat

Gurindam hati

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Cantik sungguh kata kiasan
Buat ingatan kita semua

Cantik sungguh si rama-rama
Terbang bebas kawan-kawanan
Indah sungguh hati bersuara
Bila pelangi dalam pandangan

Sinar mentari memberi cahaya
Cahaya menawan penglipur lara
Tapi apa nak buat apalah daya
Pelangi indah munculnya sementara

Selasa

Kejauhan Sayup Bicara

Terdetik di hati, tapi disepikan
Terlihat di mata, terus dibutakan
Tersentuh di jiwa, turut dipendamkan

Pernah disuara, pamitnya sebentar pun tiada
Pernah diperlihat, pimpinan erat lantas dilepas
Pernah diluahkan, perginya menambah jarak

Makanya , dalam hati kan terus bersemadi
Makanya, dipandangan cukup untuk direnungi
Makanya, debar rasa jiwa harumnya tanpa rupa

Biarlah diri berdiam rasa hati
Dekat mesra sekadarnya memadai

Jumaat

Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka

Duka sang hati terluka jiwa
Duka laksana terbakar di bara
Titisan air mata bisa terasa
Pedihya tiada bahasa

Di sana
Indahnya rerama
Berterbangan ceria warna

Di situ
Bunga-bunga mewangi
Pelbagai harumnya

Di sana Di situ
Cantiknya warna-warna pelangi
Mataku tertumpu
Melirik Indah segala warna
Untuk
Mengubat Kisah Duka

Selasa

Seronok si Air Mata

Seronoklah tu
Dia dah mengendeng 24 jam
Sehingga kan
Lupa pada rumah
Lupa pada keluarga

Seronoklah tu
Dia dah menghadap tiap waktu
Lupa pada adik
Lupa juga abang kakaknya
Konon bukti setia

Seronoklah tu
Kerana bunga
Dia lupa akarnya!

Khamis

Merampas

Mungkin sahaja
Elok padanya
Rampas itu
Alah bisa tegal biasa
Mungkin sahaja
Penting untuknya
Ambil sesiapa
Sesuka hati

Jumaat

Damai rasa

Pagi indah mentari sinar
Esak tangis semakin hambar
Nan mengharumnya taman
Gilang gemilangnya waktu
Hebatnya suasana
Asyik bergurindam jiwa
Nun menuntun rasa
Caci mati dibenam
Ucapan cinta seakan ingin bersuara
Rahsia hati tertanam dalam

Selasa

Manusia Galak

Tuhan menguji
Esok bagaimana hambaNya
Rebah kerana ujian?
Uzur kerana kekalutan?
Jambatan kebahagiaan
Akan ada untuk yang teraniaya
Mahligai ketenangan
Untuk hambaNya yang meredhakan

Malam-malam sunyi
Esak tangis menyesali
Raung sang hati duka
Eceran luka jiwa merana
Bodohnya diri memikirkan
Ucapan syaitan diikuti
Tamakkan kasih manusia durja

Kasih manusia durja dikejar
Allah yang sentiasa mengasihi diabai
Syaitan bertepuk riang gembira
Insan terpesong dari cinta yang abadi
Hadiahnya apakah cukup serpihan neraka durja?

Kisah hati yang pilu
Amarah jiwa yang sayu
Lalu api menjadi-jadi
Umpama membakar kebahagiaan
Tertimbus segala ketenangan

Sakitnya hati manusia
Enggan mengaku kesilapan
Gah menunjukkan kehebatan
Enggan mengalah takut dikata lemah
Rupanya rebah menyerah
Akal ke mana nafsu di terjah

Kasih manusia dicari
Allah yang memberi
Ucapan Alhamdulillah dilupai

Indahnya senyuman
Kasih kini digengaman
Atas kesengsaraan dan tangisan
Tetap redha kerna segalaya ada balasan

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com