Jumaat

Melirik Indah Warna Mengubat Kisah Duka

Duka sang hati terluka jiwa
Duka laksana terbakar di bara
Titisan air mata bisa terasa
Pedihya tiada bahasa

Di sana
Indahnya rerama
Berterbangan ceria warna

Di situ
Bunga-bunga mewangi
Pelbagai harumnya

Di sana Di situ
Cantiknya warna-warna pelangi
Mataku tertumpu
Melirik Indah segala warna
Untuk
Mengubat Kisah Duka

2 kata hati:

azlanlin berkata...

:: Kita di antara kita ::

Kekadang...
Indahnya keliling
sungguh mengalpakan

Kekadang...
Keindahan sekeliling
Pengubat duka

Kekadang...
Keindahan sekeliling
Menyemarakkan ceria

Namun...
Masihkah tersisa
Keceriaan dalaman
Menampilkan kegembiraan
Atas kekuatan demi esok hari...

Segalanya..
Jadilah tuan pada minda dan emosi sendiri....

Itulah,
yang membezakan antara
Kita di antara kita..

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kerana memberikan

"kita di antara kita"

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com