Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Khamis

Mereka....

Mereka...
Horey horey horey
Macam filem baru tu la hey
Tanpa ada aku....
Hey...hey...hey...
Semoga mereka terus horey..

Mereka...
Ha ha ha ha
Bergembira celebrate sama-sama
Tanpa ada saya
Ha ha ha ha
Semoga mereka terus bahagia

Mereka...
Wee wee wee
Ceria di hati
Tanpa diri ini
Wee wee wee
Semoga mereka berseri tiap hari

Mereka...
Hey...Ha...wee...
Santai di hujung waktu
Santai di hujung masa
Santai di hujung hari

Akan ada waktu,
Akan ada masa
Akan ada hari
Suatu ketika
Aku pula di cari - cari
Semoga diketika itu
Aku masih ber'hati'
Untuk memberi hati ini
Berkongsi rasa
Hey Ha Wee

Siapalah aku kini..


Jumaat

Tentang Dia

Dia itu
membuatkan aku selalu rindu
membuatkan aku rasa bahagia
membuatkan aku gelak ketawa

Dia itu
kadangkala aku hampa
kadangkala aku kecewa
kadangkala aku hiba


aku dan dia
aku suka dia
aku sayang dia
aku selalu rindu dia

Mungkinkah kelak...
dia itu cinta hatiku  ?

Selasa

Maafkan aku

Mampukah aku
Aku tak pasti
Tapi aku teringin benar
Untuk menghulurkan tangan

Mampukah aku
Aku tak pasti
Tapi aku teringin benar
Untuk melihat dia di puncak kemenangan

Patutkah aku mengundurkan diri
Waktu ini kala ini
Kerna aku sudah mula merasakan
Ketidakupayaan...

Inginku capai bintang di langit
Apakan daya tangan tak sampai
Maafkan aku...

aku kasih I dan II

I
sayang dia
dalam hati
kasih dia
dalam jiwa
rindu dia
dalam mimpi

II
sayang Dia
selalu
kasih Dia
sentiasa
rindu Dia
tanpa henti

antara I dan II
I selalu dalam fikiran
II selalu insan alpa
I selalu kita risau
II sentiasa kita lupa

dan aku
sayang kasih serta rindu
hatiku menjerit
hatiku menyatakan
dalam diam
dalam laku

I adakah dia tahu?
II aku pasti Dia mengerti

Semoga II akan menyampaikan
suara hatiku kepada I

dan dengan itu
aku redha ketentuan II
tentang hidupku terhadap I

Hidup nan percaya

Gelapnya hari
Kencangnya angin
Hebatnya dentuman petir
Daratan hilang
Lautan yang datang

Cerahnya mentari
Mula menyinari
Daratan kembali
Lautan surut semula jadi

Jalanan itu terus disusuri
Demi kelangsungan hidup
Demi sebuah harapan
Percayalah pada hati

Panas tidakkan kekal selamanya
Ada ketika hujan tetap tiba
Membasahi dataran nan kontang
Memberi semula kenyamanan

Percayalah pada hati
Tetaplah pada diri
Walaupun sesekali terpaksa akur
Bahawa kepercayaan itu sebenarnya
Telah pun luntur!

Ah...aku..antara hidup dan percaya.

Isnin

Kalau begitu...

Baiklah,
Kalau begitu caranya..
Kalau begitu percaturannya..
Kalau begitu penerimaannya..
Kalau begitu sambutannya..
Saya akur.

Tidak menjadi hal..
Kerana selepas ini,
Ada kemungkinan..
Saya juga begitu terhadapmu,
Melakukan perkara yang sama.
Masuk kandang kambing mengembek,
Masuk kandang harimau mengaum..
Di mana bumi dipijak,
Maka di situ langit di junjung.

Hahaha..

Sebab.... saya tahu,
Ia hanyalah sesuatu yang remeh..
Pada sesetengah orang.

Walaupun yang sebenarnya,
Bukan saja saya,
Bahkan,
Semua orang...
Tidak mengira usia
Tua Muda atau
Kanak-kanak Remaja,
Miskin Kaya.
Pendek kata untuk semua..
Yang kita panggil manusia,
Pasti gembira..
Kalau memperolehinya..
Kalau membacanya..
Kalau mendengarnya..

Terima Kasih
Kerna pernah memberi..

Rajuk

Huruf demi huruf disusun
Akhirnya terbina kata
Namun belum cukup bisa
Untuk menyampai makna

Frasa demi frasa diatur
Maka terbit kata-kata
Tapi masih kekurangan aura
Untuk menzahir rasa

Rajukku menjelma
Dengan tiba-tiba
Memendam kata
Menyimpan rasa

Rajukku sendiri
Tiada siapa yang peduli
Mungkin ... Barangkali ...

Siapa aku sebenarnya
Hanya di jenguk
Tika berkehendak
Itu Ini

Siapa aku sebenarnya
Diam sepi tanpa berita
Tatkala gelapmu
Diterangi cahaya

Jumaat

Enggang Pipit Seiring

Hebatnya sang enggang
Terbang tinggi mencecah awan
Bangganya melihat alam

Hebat juga si pipit
Kibasan sayap hingga ke langit
Besar hatinya memandang darat

Sungguhpun keduanya hebat
Masih tak cukup kudrat
Untuk menolak budaya dan adat
Nak terbang seiring harus sedarjat

Enggang yang gagah terpaksa menyepi
Pipit yang cantik terpaksa memendam diri
Walaupun itulah yang hakikat
Budaya telah mengikat

Sudah petir ditambah kilat

Tukar arahmu Enggang
Kuatkan kibasan sayapmu pipit
Terbitkan muafakat
Tak mustahil kan peroleh berkat!

Selasa

Datang lagi...

Hening pagi
Sunyi
Dag dig dug
Haiza menyanyi

Datang lagi
woooo...deru angin
Lembut menyapa wajah
Nyamuk
Terngiang di telinga

Derap hati...pelik
Rindu itu bertapa lagi
Persis sedekad lalu

Rindu yang pelik
Rindu yang aneh
Persis sedekad lepas

Bagaimana hati ini
Boleh rindu
Pada hati itu

Peliknya rindu
Seiras rindu sedekad itu

Hedonistik sebuah Hati

Hedonistiknya hatimu
Alam kau genggam di tangan
Tanah kau pijak tendang
Ihsanmu dendam
Kalismu tangisan
Unjukkanmu penuh bara

Lirikan dengan nista
Undangan dengan terpaksa
Kusaunya yang tersirat
Agunanmu rasa percaya

Hedonistiknya hatimu
Angkasa jadi impian
Tabrak kau wujudkan
Imbalmu untuk menang

Kesalmu ilusi
Agahmu tersirat
Ububanmu kau simpan rapi

Putus hayat mendekati
Aungan aku dan dia
Racau kau jangan sekali
Agar wasiat ndak diberi, kerana
Hatiku tak kan kembali

Khamis

Abrar untuk restu

Ke sana ke mari
Antara langit dan bumi
Undangan bayu menyinggahi

Sehelai demi sehelai
Elok cantik sutera dibelai
Nyamannya halusnya fabrik
Genggam terus digenggam molek
Agar tidak tecarik kain
Jalinan batik cantik
Abadi tinggalan atuk nenek

Simpan ku simpan rapi
Agar tidak ia dicuri
Kekal di situ
Ikat rapat
Tanpa rasa disekat
Indahnya terasa dekat

Abrarku mengingat yang satu
Kebahkan diri dari belenggu
Untuk bebas memberi restu

Gahnya Enggang bertemu Nuri

Antara mutiara dan pasir
Indahnya tertera tatkala disinar mentari
Rahsia sinarnya yang berkilauan terkandung makna

Malam menuju ke senja
Angin masih bermaharaja
Tatkala mentari menjelma
Antara kedua masa

Sinar rembulan semakin sirna
Enggang di langit semakin gah berterbangan
Nuri di bumi sekadar menanti
Jajahannya kan dikunjungi
Anggerik di hutan menjadi penyeri
Taman larangan dicerobohi
Asyiknya enggang mendekati nuri
Merdu suara riang menyanyi
Umpama tanah di bumi sudah dimiliki

Selasa

Pendusta Cinta

Pintu hati diketuk
Emosi dibelai
Nah, indah rasa!
Dup dap berdegup jantung
Usapan kasih berlarut
Sayang terpaut
Tertaut dua jiwa
Antara tulus dan dusta

Cinta makin bersemi
Indahnya pelangi
Nun jauh di pinggir bumi
Tetap dipuja hati
Antara kasihan dan simpati

Jumaat

Senyuman Hati

Dinding itu sangat teguh
Impian itu terus berlangsung
Atapnya tetap melindung

Asakan cabaran bertimpa-timpa
Kan disambut dengan gembira
Akan menjadi pendorong setia
Nur itu sentiasa ada

Dinding itu masih di situ
Akan tetap di situ
Paparan keriangan
Ajakan kasih
Tetap seperti dulu

Apapun yang terjadi
Pasti Tuhan kan membalasi
Aduhai hati usahlah sangsi

Yang hak tetap hak
Antaranya sangat pasti
Nyanyian gemersik
Gah dipendengaran

Apapun yang berlaku
Kasihnya masih lagi disisi
Untuk menunaikan janji

Riangnya sang teruna
Apabila segala egonya dituruti
Senyumnya penuh bererti
Acapkali hatinya di sini

Rabu

Pelangi Kasih

Daun-daun hijau melambai-lambai
Indahnya mentari petang
Alangkah nyaman tiupan bayu

Bibir itu tersenyum manis
Insan yang terhiris hatinya
Nyata menyembunyikan sepi
Agar tidak kelihatan dek mata

Batu di tepian bergemerlapan
Antara pasir dan mutiara
Hanya jauhari yang mengenal
Apakah ianya diantara tiga
Garisan-garisan dalam jiwa
Ingkar pada rasa
Angkuh pada mata

Dendangan bayu menyapa
Enak sekali menjadi santapan telinga
Nada beriring-iringan
Gah bersahutan deruan ombak
Angin itu terus menderu
Nadinya berdenyut memburu waktu

Aku masih menanti pelangi
Intaian di balik tabir alam
Rintihan di atas kayangan

Malam tiba
Angin terus menyapa
Tetap di hati mengharap
Agar pelangi pelangi indah
Kan muncul di akhir cerita
Untaian kasih terpaut mesra

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com