Rabu

putuskan SEMUA di tanah pulau

Hebatkah kemenangan itu
Megahkah dengan pemilikan itu
Jika ianya menghiris pilu
Jika ianya memberi kebersalahan di situ

Ketekadan itu diteruskan
Aku di sana hanya kerana hak
Terlerai hak itu dikemudian hari
Maka bayangku pun takkan terlihat lagi

Tanah itu kesayanganku
Bumi makmur itu tempat permainanku
Kerana bahangnya kerana tajamnya duri
Takkan lagi aku berada di situ

Biarpun terseksa dengan kejauhan
Biarpun kerinduan dengan kenyamanan
Biarpun kasih dengan keakraban
Namun kuterpaksa untuk satu ketenangan

1 kata hati:

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam Anis,

"ada kelukaan dalam puisi ini",

"hakikatnya, bukan semua ruang dan tempat yang kita cintai itu akan memberi kegembiraan kepada diri kita",

"yakinlah, ada sesuatu yang kita pelajari di balik semua itu !".

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com