Dinding itu sangat teguh
Impian itu terus berlangsung
Atapnya tetap melindung
Asakan cabaran bertimpa-timpa
Kan disambut dengan gembira
Akan menjadi pendorong setia
Nur itu sentiasa ada
Dinding itu masih di situ
Akan tetap di situ
Paparan keriangan
Ajakan kasih
Tetap seperti dulu
Apapun yang terjadi
Pasti Tuhan kan membalasi
Aduhai hati usahlah sangsi
Yang hak tetap hak
Antaranya sangat pasti
Nyanyian gemersik
Gah dipendengaran
Apapun yang berlaku
Kasihnya masih lagi disisi
Untuk menunaikan janji
Riangnya sang teruna
Apabila segala egonya dituruti
Senyumnya penuh bererti
Acapkali hatinya di sini
Jumaat
Senyuman Hati
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 27.2.09 0 kata hati
Khamis
Cinta Tiga Segi
Bertahun sudahku
Menunggu dirimu
Sukarnya untukku
Melupakanmu
Kerana kau
Ku cintai selalu
Tapi sayang
Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali
Mengenang cinta dahulu
Mangapa ini semua
Harus berlaku
Apakah ini semua
Kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak
Dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat
Terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah
Untuk kau menuju
Andai kau pinta
Untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini
Suatu pengajaran
Didalam percintaan
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 26.2.09 0 kata hati
Label: KDT
Sendiwara Cinta Semusim
Bila debunga cinta
Gugur layu terkulai
Sepi menyelubungi
Hatiku yang kini melara
Pudar bersama masa
Cinta semusim kita
Yang tak bisa
Bertaut kembali
Telah aku menduga
Tiada indah mewangi
Hanya bersanding dikau
Berpura cinta dan berbudi
Bukan membalas cinta
Yang lahir dari hati
Mu yang suci
Cinta yang abadi
Oh tak ku menduga mengapa
Bisa terjadi sebegini
Ku fikir selama-lamanya
Ini cinta kita hati ke hati
Dimana janjimu katamu
Akulah milikmu abadi
Oh tak mingkin ini hanyalah
Semata-mata sandiwara
Jika itu kehendakmu
Mungkin nanti
Satu waktu
Kau kan kesal
Hingga ke akhir hayatmu
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 26.2.09 0 kata hati
Label: KDT
Kisah dalam dendangan
Kisah dalam dendangan
Kehidupan yang penuh kepalsuan
Juga kepura-puraan
Namun itulah pengalaman
Kisah dalam irama
Sedetik rasa
Mampu menghambat jiwa
Oh kasihan pada mereka
"Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan
Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan
Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di
dalam dunia
Bak sandiwara
Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan
Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji.."
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 26.2.09 0 kata hati
Label: Pendam
Rabu
Pelangi Kasih
Daun-daun hijau melambai-lambai
Indahnya mentari petang
Alangkah nyaman tiupan bayu
Bibir itu tersenyum manis
Insan yang terhiris hatinya
Nyata menyembunyikan sepi
Agar tidak kelihatan dek mata
Batu di tepian bergemerlapan
Antara pasir dan mutiara
Hanya jauhari yang mengenal
Apakah ianya diantara tiga
Garisan-garisan dalam jiwa
Ingkar pada rasa
Angkuh pada mata
Dendangan bayu menyapa
Enak sekali menjadi santapan telinga
Nada beriring-iringan
Gah bersahutan deruan ombak
Angin itu terus menderu
Nadinya berdenyut memburu waktu
Aku masih menanti pelangi
Intaian di balik tabir alam
Rintihan di atas kayangan
Malam tiba
Angin terus menyapa
Tetap di hati mengharap
Agar pelangi pelangi indah
Kan muncul di akhir cerita
Untaian kasih terpaut mesra
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 25.2.09 0 kata hati
Label: hati
Isnin
Rahasia Si Pelangi
Pelangi indah itu idamanku
Esok kumengharapkan warna cerianya
Riang gembira moga sentiasa menemani
Agar segala gundah menyepi dari hati
Moga segala resah terbenam mati
Pelangi itu walau seketika cuma
Auranya masih memberi lagu pada jiwa
Serinya tetap menyerlahkan keindahan
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 23.2.09 0 kata hati
Label: Pendam
Sabtu
Janji tetap janji
Janji....
Ramai manusia berjanji
Janji, kata mudah
Untuk hajat dilepasi
Janji, jalan pintas
Untuk peroleh hati
Piirahh pada janji
Setelah hajat dipenuhi
Pooodahhh pada janji
Setelah hati dimiliki
Itu janji manusia
Aku, dia dan mereka
Aku pegang pada janji
Janji yang aku buat
Jugapada apa yang aku dijanjikan
Aku ....
sangat marah orang yang berjanji
sekadar untuk memenuhi tuntutan hati
sekadar untuk memuaskan nafsu diri
Dia....
Mudahnya buat dan mungkir janji
Mudahnya bersumpah setia
Yang mana akhirnya makan diri
Mereka...
Tak ada kena mengena
Tidak peduli pun apa nak jadi
Itu hal tak ambil kisah
sama sekali
Aku mahu hak aku ditunaikan
Dia mahu hak dia tidak diganggu
Mereka mahu hak mereka tidak dicerca
Kebiadapan senyap sudah lama berlangsung
Sewenangnya kerana dia rasa kemenangan
Kesombongan ghaib tertutup
Kerana adanya tempat mengadu damba
Aku biarkan
Kerana aku sendiri sudah menang
Walaupun aku dikata guru tidak berajar
Aku diamkan
Kerana aku sendiri sudah di tempat
Di mana yang sepatutnya
Aku senyum
Kerana aku dah tunaikan janji
Walau aku dituduh dalam hati
Akhirnya aku syukur
kerna......
Bukan aku yang dikata merampas
Bukan aku yang dituduh pengkhianat
Sebagaimanapun aku diperkatakan
Pada aku, janji itu tetap janji
Janji perlu ditunaikan
Sebagaimana aku menunaikan
Aku berpegang teguh pada janji
Aku menuntut apa yang telah dijanji.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 21.2.09 0 kata hati
Label: Diri
Khamis
Hati...siapa peduli?
Hati ayam..
Kasihannya si ayam
Hatinya dilapah
Hatinya enak di masak kicap
Siapa yang peduli?
Hati insan..
Makan hati tiap hari
Dalam hati ada kata-kata
Syukurlah hati
Paling kurang
Hatimu tidak dikata mulut
Perampas hati orang
Hatimu tidak dituduh mulut
Pengkhianat cinta jiwa
Walau hari-hari makan hati
Wahai..akal, adakah sesiapa yang peduli?
Hati jadi gila....siapa peduli?
Hati merintih hiba....siapa peduli?
Bahagia tiba
Derita dilupa
Hati yang bahagia
Pedulikah ia
kepada hati yang derita ?
Siapa yang peduli?
Kan....
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 19.2.09 0 kata hati
Label: Pendam
Ahad
Ayat-ayat misteri
Ayat-ayat manis
Kata-kata indah
Penghias lidah
Cermin wajah.
Cantiknya kata-kata
Menawannya bahasa
Menjerat si hati teruna
Tanpa sedar ada bisa dibaliknya.
Semalam langkahnya setapak
Kini langkahnya nun menapak
Apakah kuasa apakah bicara
Segalanya diturut sahaja.
Ayat misterikah diguna
Sehingga lupa
Sampai berpaling tadah
Pada janji-janji jiwa.
Mentera haluskah kata-kata
Terbisik di hatinya
Perubahan laku
Mendadak berinya...
Diambil tanpa sedarnya
Diterima tanpa kemahuannya
Diturut tanpa punca
Disayang paksa rela.
Semoga tidak terlambat
Untuk Dia menyedarkannya
Dari ayat-ayat misteri...
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 15.2.09 2 kata hati
Label: KDT
Rabu
Bicara Hati Sufi
aku tak perlu kata sumbang
untuk menikam langkah
yangbaru mahu kumula
aku tak perlukan beku suara ikhlas
untuk memberi sejalur cahaya
dalam duniaku yang gelap
aku juga benci
untuk terus menatap wajah sinis
yang kau pampang saban hari
oh begitulah manusia tak sedar diri,
cahaya yang sejalur mahu disimpan sendiri,
konon boleh mendabik tinggi,
padahal mati tak bawa budi
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 11.2.09 0 kata hati
Label: KDT
Sabtu
Peringatan untuk hati ini...
"Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati"
Kau tak boleh tinggalkan aku sebab...
Tapi hati aku dah kat kau...
Jangan lah lupa kau dah buat begini...
Kau tak boleh...
Kau nak lari dari tanggungjawab...?
Tidak...tapi aku....
Kau nak malukan aku...?
Keluarga aku...?
Tidak....
Kau nak mungkir janji?
Tidak....
Kau nak jadi munafik?
Jangan kata begitu...
Jika semuanya tidak...
tandanya...
Kau akan bertanggungjawab
Kau takkan tinggalkan aku
Kau takkan mungkir janji
Kau akan bersama aku
Terima kasih
Akhirnya kau bersama aku
Kau cinta aku
angguk saja
Kau sayang aku
angguk saja
Aku dapat akhirnya
Cinta simpati..
atau
Cinta setulus hati..
Wahai akal...bantu aku.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 7.2.09 0 kata hati
Label: Diri