Gelapnya hari
Kencangnya angin
Hebatnya dentuman petir
Daratan hilang
Lautan yang datang
Cerahnya mentari
Mula menyinari
Daratan kembali
Lautan surut semula jadi
Jalanan itu terus disusuri
Demi kelangsungan hidup
Demi sebuah harapan
Percayalah pada hati
Panas tidakkan kekal selamanya
Ada ketika hujan tetap tiba
Membasahi dataran nan kontang
Memberi semula kenyamanan
Percayalah pada hati
Tetaplah pada diri
Walaupun sesekali terpaksa akur
Bahawa kepercayaan itu sebenarnya
Telah pun luntur!
Ah...aku..antara hidup dan percaya.
~ Nukilan 27 Jun 2019 ~
5 tahun yang lalu
0 kata hati:
Catat Ulasan