Seronoklah tu
Dia dah mengendeng 24 jam
Sehingga kan
Lupa pada rumah
Lupa pada keluarga
Seronoklah tu
Dia dah menghadap tiap waktu
Lupa pada adik
Lupa juga abang kakaknya
Konon bukti setia
Seronoklah tu
Kerana bunga
Dia lupa akarnya!
Selasa
Seronok si Air Mata
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 28.4.09 0 kata hati
Label: perasaan
Isnin
Kemaafan yang Menjauhi
Langsaikan apa yang perlu
Sudahi apa yang dimulai
Tunaikan apa yang dijanji
Jangan sampai tergagap
Tatkala tangan berjabat
Dikhalayak ketika majlis
Hanya kerana kemaafan
Yang tidak dimiliki...
Tunaikan,
Atau impian kan menjauhi.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 20.4.09 1 kata hati
Label: kecewa
Ahad
Pulangkan
THE WIND BENEATH MY WINGS (Bette Midler)
It must have been cold there in my shadow,
to never have sunlight on your face.
You were content to let me shine, that's your way,
you always walked a step behind.
So I was the one with all the glory,
while you were the one with all the strength.
A beautiful face without a name -- for so long,
a beautiful smile to hide the pain.
CHORUS:
Did you ever know that you're my hero,
and ev'rything I would like to be?
I can fly higher than an eagle,
'cause you are the wind beneath my wings.
It might have appeared to go unnoticed,
but I've got it all here in my heart.
I want you to know I know the truth, of course I know it,
I would be nothing with out you.
(CHORUS)
Fly, fly, fly away,
you let me fly so high.
Oh, fly, fly,
so high against the sky, so high I almost touch the sky.
Thank you, thank you, thank God for you,
the wind beneath my wings.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 19.4.09 0 kata hati
Label: cinta
Kudrat
Kudrat itu
Duluku miliki
Kehabisan kini
Aku keletihan sendiri
Kudrat itu
Masih kuhajati
Untuk meneruskan sisa
Di bumi penuh pancaroba
Segalanya ku sendiri
Kudrat yang ada itulah
Aku berdiri
Aku berjalan dan berlari
Ada insan disisi
Kini dia telah pergi
Meninggalkan aku
Terkapai sendiri
Ada insan disisi
Rupanya sekadar
Menumpang hati
Menumpang hiba
Dulu ia ibarat tanganku yang kiri
Apalah dayaku tanganku dirampas
Aku kembali sendiri
Dengan kudratku yang sedikit
Dan aku terus berenang
Dalam kelemasan
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 19.4.09 0 kata hati
Label: Pendam
Khamis
Keluargaku sayang.
Ibu...anganku kau di sisi tatkala ku berduka.
Manisah...harapanku menjadi tempat mengadu domba.
Muhammad...citaku engkaulah pembelaku saat ku dianiaya.
Aku...penglipur mereka semua.
Aniza...kepadanya kuimpi mencurah kasih mesra.
Adik...syukurlah kerana kau tidak pernah kenal dunia yang penuh pancaroba.
Syukur...betapa Allah amat menyayangi kalian.
Sehingga kalian dipanggil dekat di sisi-Nya.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 16.4.09 0 kata hati
Label: Pendam
Merampas
Mungkin sahaja
Elok padanya
Rampas itu
Alah bisa tegal biasa
Mungkin sahaja
Penting untuknya
Ambil sesiapa
Sesuka hati
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 16.4.09 0 kata hati
Label: perasaan
Isnin
Indahnya Bahasa dari - Bila Pena Menari
Sebutir cinta
Terangnya di langit
Bak kejora impian
Tapi sekelip pandang
Hilangnya ditelan gelap
Sebutir cinta
Pernah bersumpah setia
Pengikat dua hati
Lalu mati dalam bisu
Dibunuh ego yang tolol
Sebutir cinta
Semalam ranum berbuah
Dipetik kasihnya
Hari ini tinggal nama
Sekadar najis di mata
Sebutir cinta
Tinggal hati berbekas parut
Ingatan yang pahit
Sumpah kalau masa bisa undur
Bayang sekali pun tidak ku pandang
Sebutir cinta
Biarpun percuma
Tak ku kotori tangan kerananya
Demi Tuhan
Laknatlah sang noda itu
Sebutir cinta
Bukti sebuah kesal
Kudis dan nanah hidup
Demi Tuhan
Bertemukah jalan maaf
Sebutir cinta
Dari Firdausi tertinggi
Itu yang aku cari
Demi Tuhan terbukalah
Pintu pintu keampunan
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 13.4.09 0 kata hati
Label: cinta
Jumaat
Damai rasa
Pagi indah mentari sinar
Esak tangis semakin hambar
Nan mengharumnya taman
Gilang gemilangnya waktu
Hebatnya suasana
Asyik bergurindam jiwa
Nun menuntun rasa
Caci mati dibenam
Ucapan cinta seakan ingin bersuara
Rahsia hati tertanam dalam
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 10.4.09 0 kata hati
Selasa
Ikhlas dalam dendam
Jambangan itu cantik
Amat cantik
Untuk aku di sini
Hadiah dari hati
Ikhlas kata memberi
Apalah ada pada kata ikhlas
Kalau sekadarnya tersirat
Untuk dendammu terbalas!
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 7.4.09 0 kata hati
Label: cinta
Isnin
Hebatnya Perlakuan
Bahagia... dicari-cari manusia
Derita manusia lain ....dititipkan
Kaya... semua mahu kaya
Keringat manusia lain.....dikerahkan
Bertanggungjawab benar
Ribu-ribuan dicari
Sembilan?
Mampu di beri
Untuk kebahagiaan....
Sungguhkah?
Sa dua ratusan
Hutang dibiarkan
Sehingga berbulan-bulan
Entahkan bila nak dilangsaikan
Hebatnya perlakuan
Itukah cara bahagia ditempa?
Itukah jalan mewah dibina?
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 6.4.09 0 kata hati
Label: kecewa
Sabtu
Serah bukan Kalah
Rebah di kedinginan malam
Akur pada keheningan suram
Mimpi di kesiangan hari
Pasrah menurut mata ilusi
Abai rasa keresahan jiwa
Serah segala kepada Maha Berkuasa
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 4.4.09 1 kata hati
Label: Pendam
Rabu
Monolog sandiwara si kalut
Bahasa selembut sutera
Amarah terselit di balik kata
Nista terpahat sengketa dijaga
Gagah hati konon kasih setia
Kaki mati hajat berlari
Angan tinggi sebenarnya iri
Insan menangis hatinya hepi.
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 1.4.09 0 kata hati
Label: KDT