Selasa

Noktah padu

Berhenti aku kata....

Untuk apa pesanan itu dihantar?

Berhenti aku kata...
Untuk apa panggilan itu dibuat?

Untuk apa lagi aku dicari?
Untuk apa lagi aku diperhati?

Pergi jauh....sila pergi dari aku!
Pesanan itu tidak akan ku balas
Panggilan itu tidak akan ku jawab

Dia sudah disamping
Mengapa masih aku yang kau mahu longgokkan masalahmu
Dia sudah disamping
Mengapa masih aku yang dicari untuk berbicara
Dia sudah disamping
Mengapa mesti hidupku yang kau peduli

Nyah kau dari hidupku
Pergi! Pergi!
Engkau berdua sudah MATI
Tiada lagi dalam hati ini !

Berhenti !
Stop!
Noktah!

Khamis

Berhentilah di sini!

2 minggu berlalu

aku kini yatim piatu
ku haramkan dia jejak lamanku
tapi dia muncul juga
dan itu
hanya membuatkan aku
terluka lagi
lebih parah dan bernanah

puluhan tahun dulu
aku ditinggal ibu
minggu sudah
aku ditinggal ayah
aku yatim piatu
membawa diri tanpa arah

dia dulu harapanku
juga harapan ayah
tapi kini rupanya dialah barah
mengapa mesti tunjuk diri
sedangkan itu hanya mengundang resah

mungkin berbahagia untuk melihatku
sendirian menyusur jalan penuh liku
tanpa ada seseorang yang jadi pelindung
senyum sepi dalam hatinya
berbisik- nah rasakan sekarang kau dah sendiri
baru puas hati

tahniah
kerana harapanku rupanya
pemusnah segala impian

tahniah
kerana mungkin hajatmu
telah tercapai sudah

berbahagialah
dengan apa yang terjadi padaku
senyumlah bibirmu
sepuas hati dan qalbu

dan....
berhentilah di sini
jangan ditanya lagi
apa khabarku si yatim ini!

dan...
berhentilah di sini
jangan diintai lagi
apa kisahku si yatim ini!

dan....
berhentilah di sini
jangan dicari lagi
kemana si yatim ini pergi!

kerana impianmu
untuk melihat tiada sesiapa di sisiku
Sudah pun terlaksana kini!

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com