Mengenaliku?
Aku bukan insan
Yang mahu kau kenali
Memahamiku?
Jauh sekali
Apatah lagi untuk menyelami
Mengapa harus berbekas dihati
Kita saling tak mengenali
Apa kaitan hidup kita
Jalan hidup kita berbeza
Cinta itu memang buta
Sehingga membutakan jiwa
Cinta itu memang mulia
Jika pecintanya tulus rasa
Manusia memang lupa
Bila peroleh cinta
Cinta apa yang kita ada
Cinta hati?
Cinta nurani?
Cinta fizikal?
Cinta nafsu?
Pepatah lama bergurindam
Enggang terbang sama enggang
Biarkan pipit sama pipit
Berdiri sama tinggi
Duduk sama rendahnya
Aku sedar siapa aku
Cuma seekor kakak tua sepi
Tidak terbang bebas
Sebebas enggang dan pipit
Yang luas di angkasa
Aku sedar siapa aku
Cuma seekor kakak tua sepi
Terkurung rapi
Di sangkar emas yang cantik sekali
Hanya dapat melihat
Enggang dan pipit berbuat apa saja
Untuk menunjuk-nunjuk
Kepada kakak tua yang sepi
Sehingga mati hati.
~ Nukilan 27 Jun 2019 ~
5 tahun yang lalu
0 kata hati:
Catat Ulasan