Khamis

Aku kenal

Aku sedar aku siapa
Aku tahu aku tiada sesiapa
Tempat aku mengadu
Tempat aku bergantung
Dah dirampas orang

Aku kenal siapa aku
Aku kenal siapa dia
Aku tahu apa aku rasa
Aku yakin dengan apa aku rasa
Racun pun aku telan

Racun yang ada dengan aku
Untuk selama aku hidup
Tapi jinggo kata
Bersangka baik
walau dalam apa keadaan

Barang aku orang rampas
Rampaslah
Sebab dia tahu
Aku tiada tempat nak mengadu
Tidak seperti dia
Guna air mata

Aku ingat kata jinggo
Bersangka baik
Walau apa keadaan
Mampukah?
Kalau duri itu
Nyata depan mata
sehingga akhir nyawa?

Aku sedar aku tiada sesiapa
emak? jaga adik-adik di syurga
saudara kandung? jaga emak dekat yang Esa
ayah? sudah x bermaya
dia? pergi seolah TERPAKSA

Aku ingat apa jinggo kata...

0 kata hati:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com