Selasa

Allahuakbar!

Ya Allah..... aku tak sangka
Rupa-rupanya cempedak jadi nangka
Nasihatkan diri sendiri
Sebelum menasihatkan orang lain!

Khamis

Ok ke tak Ok?

Saat aku kata Tak Ok,
Engkau kata,
Kalau dah suratan begitu,
Engkau Ok saje.

Aku pikir-pikir,
Kata-kata yang terzahir,
Aku setuju di saat akhir,
Aku ikut engkau,
Aku kata Ok.

Setelah aku kata Ok,
Engkau pula kata tak boleh,
Engkau kata nak undur,
Bagi laluan kat aku.

Aku saja nak tengok,
Betul ke engkau Ok,
Tapi rupanya engkau tak Ok,
Sengaja pusing-pusing,
Kejap Ok kejap tak Ok.

Eh, kalau engkau pergi sekolah
Aku pun pergi sekolah
Jangan ingat aku tak perasan
Engkau guna tektik Psiko kan?

Guna air mata,
Guna kesempatan pendek usia,
Engkau serahkan segala-gala,
Ikat orang walaupun amat ketara,
Ia salah di sisi agama!

Engkau ni sebenarnya,
Ok ke tak Ok?

Rabu

Bagai Pinang....

Bagai pinang dibelah sepuluh
Seorang kurus seorang gemuk
Apa nak kata kalau dah jodoh
Tak perlu dipujuk-pujuk

Bagai pinang dibelah dua puluh
Seekor gajah seekor semut
Apa nak kata kalau tersurat
Tiada siapa boleh nak sekat

Bagai pinang dibelah tiga puluh
Satu bergalah satu beranting
Apa kisah orang mencemuh
Dia kata puas hati itu yang penting

Bagai pinang dibelah berpuluh-puluh
Pejam mata tutup telinga
Ada suara merungut dan mengeluh
Dia buat-buat pekak saja

Bagai pinang yang dibelah-belah
Orang sebelah menjelir lidah
Di depan ucap kasih ucap sayang
Di belakang rupanya standby dua tiga orang

Ahad

Dua Lelaki

Dua Lelaki dalam hidup ini
Memberi kesan padaku
Di setiap perjalanan yang ku lalu
Di setiap tingkah yang ku laku

Satu,Dia...
Berbunganya hati
Tatkala cinta mengetuk jiwa
Berbahagianya rasa
Pabila bulan jatuh ke riba

Kini....
Hilang semuanya
Dirampas insan ketiga
Penghancur impian yang nyata

Lelaki ini
Betapa hancurnya hatiku

Dua, Ayah...
Kesabarannya membesarkanku
Dengan kudratnya sendirian
Tanpa isteri di sisi
Dengan segala dugaan

Kini....
Kesabaranku dengan tingkahnya
Sendirian aku hadapi
Tanpa teman menemani
Beserta segala ujian

Lelaki ini
Mengajar aku erti kehidupan

Dia...Ayah...dua lelaki berbeza era
Dia..tiada lagi,
dirampas insan konon berhati mulia
Ayah..tidak akan selamanya di sisi
suatu masa kan dia pergi

Pabila waktu itu nanti
Siapakah lagi yang aku miliki?

Jumaat

Air Mata Dusta

Air mata
Putih jernih
Satu titisannya
Melemahkan jiwa
Yang sedia lemah

Air mata
Senjata biasa
Menagih kasih
Menagih cinta
Supaya setia

Air mata
Ikhlas guna penyelamat jiwa
Alat perangkap
Untuk mengikat rasa
Jika di guna
Bertahan selama mana?

Air mata
Bijaknya akal
Malah tidak peduli
Kerana air mata yang sama
Air mata lain mengalir juga

Itu..Air mata dusta
Itukah nama bahagia?

Rabu

Masih Telahan Sudah Ada Pengganti....

Aku masih mencari
Mencari ruang-ruang
Yang mampu untuk aku
Memberi maaf

Aku masih mencari
Mencari peluang-peluang
Yang terdaya bagiku
Memberi kelonggaran

Ah...Namun luka hati
Sering menghentikan laku
Yang cuma selangkah di hadapan
Sering mengaburi
Pandangan kemaafan

Dan aku terus lagi mencari
Aku temui..
Kini aku mengerti

Ada insan yang lebih malang
Lebih malang berbanding aku
Nafasnya masih terhembus
Nadinya masih berdenyut

Ajalnya menurut kiraan manusia
Sedang menghampiri setiap saat berlalu
Masih kesamaran
Perkiraan tuhan
masih lagi rahsia Illahi

Apakan daya manusia alpa
Tilikan manusia melupakan takdir tuhan
Insan masih bernyawa
Yang belum nyata bila tiba ajalnya
Sudah disediakan pengganti

Apalah malang nasib dirinya
Hembusan nafas dan denyutan nadi
Masih berfungsi
Sudah bersedia si pengganti diri

Benarlah perginya dia dariku
Sewajarnya aku anggap anugerah
Tidaklah aku menjadi sepertinya
Sudah ada yang menanti
Untuk mengambil alih tahta dihati

Aku...bukanlah pengganti itu
Aku...sedang melangkah
mencari warna-warna pelangi

Dia...ajalnya masih telahan
Sudah ada pengganti diri
Dia...betapa malangnya
Sedarkah empunya diri?

Selasa

Pantun Lara

Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Hari panas mencucuk benang,
Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
Jangan disangka tiada buaya.

Simpan sepatu jangan dibalut,
Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
Bertanam halia di dalam hati.

Anak yu mati terlentang,
Mati ditikam duri sembilang;
Pilu hati bukan kepalang,
Gunung tinggi menjadi padang.

Ahad

AaaaarrrrgggggggggggHhhhhhhhhhhhhH!!!!

Takkan ada kebahagian untuk mereka
Jika kesakitan yang mereka beri sebagai ganti
Takkan ada sinar bagi mereka
Jika cahayaku yang mereka rampas
Sehingga aku dalam kegelapan

Jika wak Timah ada
Jika abangku ada
Jika kakakku ada
Jika ayahku gagah perkasa
Jika aku ada tempat mengadu

Aku pasti aku takkan dianiaya
Aku pasti aku takkan diperguna
Sehingga begini aku dipersia
Sumpahku....mereka akan terima
Sebagaimana aku diperlaku

Jika tidak sekarang
Mungkin suatu masa nanti
Mungkin suatu waktu kemudian
Mungkin suatu ketika

Ketika itu baru mereka sedari
Betapa sakit hati ini
Betapa perit penderitaan yang mereka wariskan
Betapa siksa jiwa ku yang mereka kesankan

Sakit, perit, siksa yang perlu aku tanggungi
Sepanjang hayat hidupku
Hanya mautku bisa menyirna semua
Arrrrrggghhhhhhhhhhhhhhh
Tidak berperi kemanusiaan langsung

Di mana letaknya perasaan manusia di hati mereka???!!!!

Rabu

Tak kira...sama ada,

Tak kira samaada badan aku kecik ke, badan kau besar ke,
Tak kira samaada badan aku kurus ke, badan kau tough ke,
Tak kira samaada muka aku hodoh ke, muka kau handsome ke,
Tak kira samaada muka aku macam budak-budak ke, muka kau tua ke,
Tak kira samaada aku budak skema, kau budak stylo ke,
Tak kira samaada aku budak punk ke, kau budak skinhead ke,
Tak kira samaada aku junior ke, kau senior ke,
Tak kira samaada kau rasa aku lemah ke, kau rasa kau kuat ke,
Tak kira samaada aku miskin ke, kau banyak duit ke,
Tak kira samaada aku rambut aku botak ke, kau rambut panjang ke,
Tak kira samaada imej aku selamber ke, imej kau macho ke,
Tak kira samaada aku tak social, kau social ke,
Tak kira samaada baju aku murah ke, baju kau mahal ke,
Tak kira samaada aku jalan kaki ke, kau naik Ferrari ke,
Tak kira samaada aku budak kampong ke, kau budak bandar ke,
Tak kira samaada aku sorang ke, kau banyak member ke,
Tak kira samaada aku orang biasa ke, kau samseng Kampung Dusun ke,
Tak kira samaada aku orang gila ke, kau orang waras ke,


Kalau difikirkan balik...KAU sebenarnya sama dengan AKU..
Tiada apa yang terlalu special tentang KAU berbanding AKU,
KAU ingat KAU sorang je yang ada HAK , MARUAH dan PERASAAN..
AKU pun ada HAK , MARUAH dan PERASAAN jugak...sama macam KAU..
KAU hormat AKU….AKU hormat KAU…kan senang !!

Susah ke nak menghormati orang lain ?

Note: Anda jenis yang mana satu ? Anda tak tahu macam mana nak hormat orang atau tahu macam mana nak hormat orang tapi tak mahu nak hormat ?

Jumaat

Dia Nyawaku

Dia kasih hatiku
Dia nyawa jiwaku
Dia penyambung harapanku
Dia penyuluh hidupku

Mengapa mesti aku
Mengapa mesti diriku
Mengapa , Kenapa
Diperlaku seperti patung
Seolah aku tiada nilainya

Tak bernilaikah darah ditubuhnya
walhal darah kami serupa
Tak bermaruahkah di matanya
Aku ini siapa?
Orang asingkah??!!!!

Tergamaknya dia
Tak teringatkah....kelak
Dia juga akan ada waris
Yang mungkin
menerima balasan
atas perbuatan orang tuanya???!!

Takkan kebahagiaan ada untuknya
Jika keperitan ini sengaja diadakan
Takkan ada ketenangan baginya
Jika pembohongan ketara diutarakan

Aku insan terluka
Luka yang dalam menusuk kalbu
Aku insan teraniaya
Oleh insan2 yang tidak berjiwa?

Kejam...mereka mengejar kebahagian
dengan memberikan aku keperitan
Laknat...mereka mencari sinar
dengan memberikan aku kegelapan!

Dia Nyawaku
seperti mana engkau
menyata Dia Nyawamu

Apa yang kau rasa
tatkala nyawamu hilang??
Ha......itulah dia
yang turut aku rasa

Dia juga Nyawaku!!!!

Jangan dikesal
jika kelak
warismu...
menerima nasib
sepertimana aku....

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com