Pelangi kian menampakkan warna
Bunga-bunga kian menyemarak harumnya
Ah, rupanya
Rindu itu semakin menjelma
Pertemuan satu perkiraan
Mahukan pertemuan itu
Tapi juga gerun dengan Pertemuan
Kerana hakikatnya
Setiap Pertemuan akan ada Perpisahan
Perpisahan itu tidak sanggup
Untukku berhadapan
Harus bagaimana....
Untuk aku Nyah rasa Rindu?
Selain dengan suatu Pertemuan...?
Ahad
Nyahkan Rindu itu...
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 31.5.09 0 kata hati
Label: Pendam
Jumaat
Lagu Tema : SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 15.5.09 0 kata hati
Label: cinta
Sabtu
Kenapa dengan nama itu?
Nama itu namamu
Mengapa perlu malu
Mengapa perlu segan
Nama itu namamu
Itulah pilihannya
Itulah gelarannya
Nama itu namamu
Berbanggalah padanya
Besyukurlah engkau ada nama
Nama itu namamu
Walau bagaimanapun ejaannya
Walau bagaimanapun bunyinya
Itulah nama asalmu!
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 9.5.09 1 kata hati
Label: kecewa