Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Hari panas mencucuk benang,
Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
Jangan disangka tiada buaya.
Simpan sepatu jangan dibalut,
Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
Bertanam halia di dalam hati.
Anak yu mati terlentang,
Mati ditikam duri sembilang;
Pilu hati bukan kepalang,
Gunung tinggi menjadi padang.
Selasa
Pantun Lara
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 28.10.08 0 kata hati
Label: KDT
Ahad
AaaaarrrrgggggggggggHhhhhhhhhhhhhH!!!!
Takkan ada kebahagian untuk mereka
Jika kesakitan yang mereka beri sebagai ganti
Takkan ada sinar bagi mereka
Jika cahayaku yang mereka rampas
Sehingga aku dalam kegelapan
Jika wak Timah ada
Jika abangku ada
Jika kakakku ada
Jika ayahku gagah perkasa
Jika aku ada tempat mengadu
Aku pasti aku takkan dianiaya
Aku pasti aku takkan diperguna
Sehingga begini aku dipersia
Sumpahku....mereka akan terima
Sebagaimana aku diperlaku
Jika tidak sekarang
Mungkin suatu masa nanti
Mungkin suatu waktu kemudian
Mungkin suatu ketika
Ketika itu baru mereka sedari
Betapa sakit hati ini
Betapa perit penderitaan yang mereka wariskan
Betapa siksa jiwa ku yang mereka kesankan
Sakit, perit, siksa yang perlu aku tanggungi
Sepanjang hayat hidupku
Hanya mautku bisa menyirna semua
Arrrrrggghhhhhhhhhhhhhhh
Tidak berperi kemanusiaan langsung
Di mana letaknya perasaan manusia di hati mereka???!!!!
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 26.10.08 0 kata hati
Label: KDT
Rabu
Tak kira...sama ada,
Tak kira samaada badan aku kecik ke, badan kau besar ke,
Tak kira samaada badan aku kurus ke, badan kau tough ke,
Tak kira samaada muka aku hodoh ke, muka kau handsome ke,
Tak kira samaada muka aku macam budak-budak ke, muka kau tua ke,
Tak kira samaada aku budak skema, kau budak stylo ke,
Tak kira samaada aku budak punk ke, kau budak skinhead ke,
Tak kira samaada aku junior ke, kau senior ke,
Tak kira samaada kau rasa aku lemah ke, kau rasa kau kuat ke,
Tak kira samaada aku miskin ke, kau banyak duit ke,
Tak kira samaada aku rambut aku botak ke, kau rambut panjang ke,
Tak kira samaada imej aku selamber ke, imej kau macho ke,
Tak kira samaada aku tak social, kau social ke,
Tak kira samaada baju aku murah ke, baju kau mahal ke,
Tak kira samaada aku jalan kaki ke, kau naik Ferrari ke,
Tak kira samaada aku budak kampong ke, kau budak bandar ke,
Tak kira samaada aku sorang ke, kau banyak member ke,
Tak kira samaada aku orang biasa ke, kau samseng Kampung Dusun ke,
Tak kira samaada aku orang gila ke, kau orang waras ke,
Kalau difikirkan balik...KAU sebenarnya sama dengan AKU..
Tiada apa yang terlalu special tentang KAU berbanding AKU,
KAU ingat KAU sorang je yang ada HAK , MARUAH dan PERASAAN..
AKU pun ada HAK , MARUAH dan PERASAAN jugak...sama macam KAU..
KAU hormat AKU….AKU hormat KAU…kan senang !!
Susah ke nak menghormati orang lain ?
Note: Anda jenis yang mana satu ? Anda tak tahu macam mana nak hormat orang atau tahu macam mana nak hormat orang tapi tak mahu nak hormat ?
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 22.10.08 0 kata hati
Jumaat
Dia Nyawaku
Dia kasih hatiku
Dia nyawa jiwaku
Dia penyambung harapanku
Dia penyuluh hidupku
Mengapa mesti aku
Mengapa mesti diriku
Mengapa , Kenapa
Diperlaku seperti patung
Seolah aku tiada nilainya
Tak bernilaikah darah ditubuhnya
walhal darah kami serupa
Tak bermaruahkah di matanya
Aku ini siapa?
Orang asingkah??!!!!
Tergamaknya dia
Tak teringatkah....kelak
Dia juga akan ada waris
Yang mungkin
menerima balasan
atas perbuatan orang tuanya???!!
Takkan kebahagiaan ada untuknya
Jika keperitan ini sengaja diadakan
Takkan ada ketenangan baginya
Jika pembohongan ketara diutarakan
Aku insan terluka
Luka yang dalam menusuk kalbu
Aku insan teraniaya
Oleh insan2 yang tidak berjiwa?
Kejam...mereka mengejar kebahagian
dengan memberikan aku keperitan
Laknat...mereka mencari sinar
dengan memberikan aku kegelapan!
Dia Nyawaku
seperti mana engkau
menyata Dia Nyawamu
Apa yang kau rasa
tatkala nyawamu hilang??
Ha......itulah dia
yang turut aku rasa
Dia juga Nyawaku!!!!
Jangan dikesal
jika kelak
warismu...
menerima nasib
sepertimana aku....
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 17.10.08 0 kata hati
Label: KDT
Selasa
Dia
Dia...
Wajahnya tenang
Namun jiwanya gelora
Manis tapi terseksa
Dia...
Dalam simpatinya
Terselit kemarahan
Yang tak terucap
Maafkan aku
Jika tersalah tafsiran
Namun telahanku berkata
Hati seorang perempuan
Pasti Dia juga memahami sama
Dia menyakitiku dalam ehsannya
Dia mendera jiwaku dalam keikhlasannya
P/s : Jawapan untuk As dan Yusma
Nukilan ~Insan Biasa~ pada 7.10.08 0 kata hati
Label: KDT