Khamis

oiii

Tengok cara berbahasa
Berlagak
Bongkak

Hiii...geram je
oiiii...menyampah kadang
emmm...diam je lah

Oi. Hebat sangat ke
Oi. Cantik sangat ke
Oi. .....

Isnin

Sendiri tidak mengapa...Orang lain tidak boleh

Boleh? Kita ikut tajuk?
Sendiri buat..Ok
Orang lain buat...Tak Ok

Sendiri menyindir orang
Konon berkhemahlah
Konon betul caranya
Papar kata-kata motivasi
Anggapannya

Hakikat
Sedang mengata
Sedang menyindir
Sedang menghiris hati
Sedang melukakan

Ops...mana ada
Katanya
Jangan pandang negatif
Pandanglah positif
Itukan.....
Kata-kata motivasi
Mengurangkan egoisme?

Cuba terhantuk kepala
Orang lain buat
atas alasan serupa
Motivasi
Mengurang egoisme diri

Delete,delete,delete
Hah!
Kenapa tidak boleh terima?

Hati yang tercalar

Gembira hati
Saat tiba hari kita
Sambut bersama
Gelak dan ria

Namun tidak lama
Saat terpandangkan warna jingga
Kamu..kamu..kamu dan kamu
Semuanya serupa

Tetapi
Mengapa aku berbeza?
Mengapa dengan tiba-tiba
Seolah-olah semua orang lupa
Yang aku ini masih ada...

Atau mungkinkah...
Aku yang terhegeh-hegeh
Datang menyua muka
Berharap dapat menumpang kasih mesra

Sedangkan mereka
Berharap aku pergi jauh
Kerna aku tidak setara
Tidak layak untuk mereka

Baiklah...aku sudah tidak tahan
Memendam rasa jiwa
Biarlah aku melangkah kaki
Membawa diri ini
Ke simpang jalan
Yang berbeza dengan kalian

Khamis

Mereka....

Mereka...
Horey horey horey
Macam filem baru tu la hey
Tanpa ada aku....
Hey...hey...hey...
Semoga mereka terus horey..

Mereka...
Ha ha ha ha
Bergembira celebrate sama-sama
Tanpa ada saya
Ha ha ha ha
Semoga mereka terus bahagia

Mereka...
Wee wee wee
Ceria di hati
Tanpa diri ini
Wee wee wee
Semoga mereka berseri tiap hari

Mereka...
Hey...Ha...wee...
Santai di hujung waktu
Santai di hujung masa
Santai di hujung hari

Akan ada waktu,
Akan ada masa
Akan ada hari
Suatu ketika
Aku pula di cari - cari
Semoga diketika itu
Aku masih ber'hati'
Untuk memberi hati ini
Berkongsi rasa
Hey Ha Wee

Siapalah aku kini..


Jumaat

Tentang Dia

Dia itu
membuatkan aku selalu rindu
membuatkan aku rasa bahagia
membuatkan aku gelak ketawa

Dia itu
kadangkala aku hampa
kadangkala aku kecewa
kadangkala aku hiba


aku dan dia
aku suka dia
aku sayang dia
aku selalu rindu dia

Mungkinkah kelak...
dia itu cinta hatiku  ?

Khamis

Tentang Cinta

Apabila cinta menyapa
Langit gelap jadi bercahaya

Apabila cinta menjelma
Rasa rindu sering singgah di jiwa

Apabila cinta dekat dihati
Kasihnya menyelinap dalam mimpi

Apabila cinta di depan mata
Ibarat impian jadi nyata

Cintamu...menjadikan aku bahagia
Terima kasih kepada-Nya.

Sabtu

lagi-lagi hati

lagi-lagi soal hati
rindu lah
sayang lah
cinta lah

lagi-lagi soal hati
perkara biasa
sebagai manusia normal
sebagai manusia punya rasa

lagi-lagi soal hati
aku tidak daya lagi
memang sungguh
aku rindu dia

namun apakan daya
aku tak mampu
untuk menyatakannya
pada empunya diri
kerana aku masih
terasa rendah diri
kerana aku masih
sedar siapalah diri ini
bukan insan yang menjadi
impian hatinya

Serabut

Serabut...
Tiba-tiba disergah
Tanpa sebab
Serabut...
Tiba-tiba dikerah
Jangan emosi!

Sentak...
Sebulan dah lepas
Kini baru disoal
Pelik...
Sudah lepas
Tiba-tiba diperkata

Kecil
Kenapa tiba-tiba
Diperbesarkan?

Aku tak paham
Salah akukah
Silap akukah
Sehingga timbul
Salah faham begini

Perkara itu sudah berlalu!
Apa perlunya
Dibangkitkan semula
Kalau hanya membakar
Hati-hati yang tak mengerti
Hujung pangkalnya dan isi??

Oh tuhan,
Lindungi kami
Lindungi hati ini
Dari bersengketa lagi
Angkara perkara yang tak pasti

Selasa

Semuanya di sini

Bait-bait kata

Aku susun
untuk bacaan sendiri
Bait-bait kata
Aku cipta
untuk kepuasan hati
Menulis kerana tiada suara
Perkataan itulah suaraku
Mahu memahaminya?
Silakan....
Jika sebaliknya
maka abaikan sahaja
Usah pening-peningkan kepala

Kerana...
Aku menulis untuk jiwa aku
Aku menulis untuk hati aku
Aku menulis untuk diri aku

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada kisah ada cerita
Nyata dan bukan ciptaan semata-mata

Walau....
Adakala ia sebenarnya
Ada tangis ada tawa
Semuanya milik saya

Dalam susun kata
Itulah aku
Dalam gurindam
Itulah jiwa
Dalam irama
Itulah nyawa

Di sebalik hati
Sememangnya ada cerita
Di sebalik hati
Sememangnya ada kisah
Kisah aku, dia dan mereka

Semuanya di sini
Di sebalik hati....

Isnin

Terluka lagi

Sekali lagi...kerana kelekaan
Maka aku terluka lagi
Untuk kesekian kali

Aku leka dengan gelak ria
Aku leka dengan senyum manja
Aku leka dengan jeling menggoda

Dan
Gelak ria memberi bisa
Senyum manja membawa asa
Jeling menggoda mengarah tangisan mata

Hati berbelah
Kusampaikan melalui
Gambaran
Lukisan
Nyanyian
juga
Susunan bicara indah

Ada yang menegah
Tak cantik
Tak suka

Lalu aku tutup kembali
Aku simpan dalam hati
Aku simpan dalam jiwa
Tiada siapa yang sudi
Untuk mendengar lagi

Dan akhirnya
Aku tanggung sendiri
Tidakkah itu membuktikan
Aku memang sendiri??

Namun aku juga merinduinya...
Sendirian menanggungnya
Amat merinduinya

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com